Aplikasi Kamera Honor V20 Boleh Menguruskan Yang Gemok Dan Meninggikan Yang Pendek Di Dalam Video

Majlis pelancaran Honor V20 sedang berlangsung sekarang dan beberapa demo yang diperlihatkan di atas pentas sebentar tadi menunjukkan kemampuan kameranya yang unik. Antara fungsi yang kami rasakan paling menakjubkan ialah kemampuan mengubah bentuk tubuh subjek yang dirakam di dalam video secara automatik untuk kelihatan lebih menarik.

Yang gemuk boleh menjadi kurus dan yang pendek pula boleh menjadi tinggi terus dari video yang dirakam menggunakan aplikasi kamera. Sistem kamera 3D TOF yang digunakan akan menganalisa subjek sebelum mengubah bentuk mereka di dalam video yang telah dirakam. Ini adalah kali pertama fungsi mengubah bentuk tubuh pada subjek yang dirakam pernah kami lihat digunakan pada sebuah telefon pintar. Latar belakang tidak memanjang atau kelihatan seperti dimanipulasi menggunakan kamera Honor V20.

Apa yang dilakukan ini sebenarnya adalah fungsi yang pasti menimbulkan kontroversi di luar pasaran China. Tetapi pada hemat kami adalah maakul bagi pasaran China di mana kecerdasan buatan telah lama digunakan untuk mencantikkan gambar swafoto menerusi Beauty Mode.

Sumber : Amanz