Bugatti Dilihat Menguji Brek Yang Dibina Menggunakan Pencetak 3D

Kereta-kereta mewah Bugatti boleh dikatakan diantara kenderaan yang paling berprestij di dunia bukan sahaja kerana tanda harganya yang mahal dan kelajuannya yang pantas, tetapi juga teknologi yang hadir di dalamnya.

Pada awal tahun ini, Bugatti berkata bahawa mereka sedang membangunkan kaliper brek yang dibuat menggunakan pencetak 3D dan bahan titanium. Kaliper tersebut akhirnya telah dibangunakan, dan baru-baru ini diuji untuk membrek pada kelajuan 400KM/J.

Bugatti telah menunjukkan video ujian ini, dan kaliper tersebut dilihat mencapai suhu 1877 darjah Fahrenheit ataupun 1025 darjah Celcius. Menurut Bugatti, kaliper ini dikatakan akan dimasukkan kedalam kereta-kereta mereka seperti Bugatti Chiron dan juga Bugatti Divo yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Jenama Bugatti hadir dibawah kumpulan Volkswagen, tetapi besar kemungkinan bahawa buat masa ini kereta-kereta buatan syarikat negara Jerman tersebut tidak akan melihat brek-brek ini digunakan di dalam kereta mereka buat masa ini kerana setiap satu kaliper ini memerlukan masa 45 jam dan empat buah laser perindustrian untuk melebur dan membentuknya.

Sumber : Amanz