‘Amboi, curi sampai RM5,686.95! Nak berniaga ke ape?’ – Ibu baru habis berpantang didakwa mencuri 95 barangan bayi & wanita di Aeon Mall

Seorang ibu muda yang baharu 46 hari bersalin menangis teresak-esak di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini kerana didakwa mencuri barangan kelengkapan bayi dan wanita bernilai RM5,686.95, lapor Sinar Harian
Pendakwaan terhadap tertuduh, Nur Amirah Daud Latfi, 29, dibuat di hadapan Majistret Izuddin Mohd Syukri.
Tertuduh yang menangis menyebabkan prosiding pertama ditangguhkan sebelum pertuduhan dibacakan semula pada kali kedua dan tertuduh mengaku tidak bersalah. 
Berdasarkan pertuduhan, Nur Amirah didakwa mencuri 95 barangan termasuk alat pengewapan botol susu jenama Avent di pasar raya Aeon Mall Lembah Sireh, pada jam 5.30 petang, 21 Disember lalu. 
Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 24 Januari depan. 

Sumber : TheReporter