Oppo Mengumumkan Sistem Kecerdasan Buatan Mereka Tersendiri, Breeno

Nampaknya, trend pengeluar peranti dari China menghasilkan pembantu maya tersendiri semakin menjadi-jadi. Xiaomi ada Xiao Ai, Honor ada YoYo, Vivo ada Jovi dan kini Oppo dilihat turut hadir dengan pembantu maya mereka tersendiri.

Oppo baru-baru ini telah mengumumkan Breeno. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Oppo turut membuka platform arahan suara dan perkhidmatan pintar untuk menjadikan Breeno lebih pintar. Menurut Oppo, Breeno diintegrasi dengan persepsi, kemampuan membuat keputusan, belajar, interaksi natural dan perkhidmatan yang boleh diubahsuai. Oppo turut berharap Breeno boleh menjadi pusat universal untuk hab ekologi dan peranti berhubung.

Buat masa ini, Breeno sudah mempunyai 7 modul utama iaitu memberi nasihat, pengecaman skrin, kesedaran, kepantasan, suara, memandu dan angkasa. Ini bermakna, Breeno bukan sahaja pembantu maya tetapi adalah sistem kecerdasan buatan universal. Contoh yang Oppo berikan adalah, jika pengguna berada di lapangan terbang – Breeno boleh terus memberikan maklumat penerbangan dan banyak lagi.

Naib Presiden Oppo, Wu Heng – mengatakan dalam era 5G ini, Breeno akan mampu dijadikan integrasi secara dalaman untuk rangkaian 5G, storan awan atau dijadikan secara teras untuk sesuatu sistem.

Sumber : Amanz