Honor View 20 Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Januari 2019

Honor Malaysia kini telah mengumumkan melalui laman sosial mereka, dimana telefon pintar terbaru Honor View 20 akan memasuki pasaran tempatan pada Januari 2019 kelak.

Honor View 20 merupakan telefon mercu terbaru daripada Honor, hadir dengan cip berkuasa Kirin 980, selain turut menyertakan kamera 48-megapixel dibelakang yang dilengkapi sensor TOF tiga dimensi.

Honor View 20 Malaysia

Dari segi spesifikasi keseluruhan, Honor View 20 menyertakan skrin 6.4-inci IPS LCD, dijana cip kirin 980, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang, termasuk keupayaan rakaman video gerak-perlahan pada kadar 960fps. Untuk rakaman swafoto pula, Honor View 20 menyertakan kamera 25-megapixel.

Menjana peranti ini juga adalah bateri 4000mAh, selain menggunakan sistem operasi EMUI 9.0.

Buat masa ini, harga jualan untuk Honor View 20 masih tidak diketahui, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam beberapa minggu lagi.

Sumber : Amanz