Samsung Akan Memperlihatkan Telefon Pintar Dengan Pembesar Suara Terbina Dalam Skrin Di CES

Teknologi pembesar suara terbina dalam skrin diperlihatkan oleh Samsung di acara Society of Information Displays yang berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Menurut laporan ETNews, Samsung akan akhirnya memperlihatkan telefon pintar dan televisyen pertama mereka yang menggunakan teknologi yang diberi nama Sound of Display di acara CES Januari kelak.

Sound On Display memancarkan audio menerusi sistem piezoelektrik pada bahagian bawah skrin. Getaran ini kemudian menggunakan aliran tulang untuk sampai ke telinga pengguna. Teknologi Sound On Display membolehkan bahagian dagu yang lebih nipis digunakan pada peranti.  Ini sekali lagi adalah petanda mungkin Galaxy S10 kelak akan mempunyai dahi nipis dan menggunakan teknologi ini. Peranti lain yang pernah dipasarkan dengan teknologi piezoelektrik ini ialah Xiaomi Mi MIX.

Sumber : Amanz