Ini Adalah Ikan Koi Hidup Termahal Di Dunia, Nilainya Boleh Beli 4 Buah Supercar Mewah

Diberi nama S Legend, ikan koi yang mempunyai warna merah dan putih diternak di Jepun ini diangkat menjadi ikan yang masih hidup termahal di dunia yang pernah dijual.

Ikan koi tersebut berjaya dibeli oleh seorang wanita pada harga 203 juta Yen (RM 7.5 juta), lebih RM 5.43 juta daripada rekod sebelumnya.

Mempunyai panjang 101 cm, S Legend dibiak daripada baka berkualiti tinggi, Kohaku pada mulanya dibeli oleh seorang pengumpul koleksi ikan koi berbangsa Jepun daripada sebuah kolam ternakkan yang terselamat semasa pengebomam Hiroshima era Perang Dunia Kedua lampau.

Sakai Koi Farm

Tahun lalu, ikan koi betina ini memenangi pertandingan berprestij All Japan Koi Show dan dijangka tiada masalah untuk mempertahankan gelaran tersebut musim ini. Acara turut dijangka akan menerima lebih banyak kehadiran pelancong yang mahu menyaksikan sendiri ikan termahal di dunia itu.

Sebelum ini, ikan koi termahal yang pernah dijual daripada bakan yang sama adalah pada harga RM 2.08 juta. Tidak banyak yang diketahui mengenai pembelinya kecuali ada yang mendakwa wanita berkenaan merupakan seorang hartawan daripada Taiwan.

Walaupun ada yang menganggap bahawa harga yang dibayar itu terlalu tinggi, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa wanita ini mendapat hak untuk membiakkan ikan koi betina tersebut yang pernah memenangi pertandingan berprestij tinggi bagi pengumpul ikan koi.

Haiwan berkenaan dikatakan mampu bertelur sehingga 500,000 biji telur. Daripada jumlah berkenaan, dijangka sekurang-kurangnya 5,000 biji telur adalah berkualiti tinggi dan berpontensi untuk dijual semula. S Legend juga dijangka dapat memenangi pertandingan All Japan Koi Show untuk tempoh dua tahun lagi.

Selain memgang ikan paling mahal pernah dijual, Jepun juga memegang rekod jualan ikan mati paling mahal di dunia iaitu ikan tuna biru seberat 222 kilogram melalui bidaan pada harga 155 juta Yen (RM 5.8 juta).

Sumber: Oddity Central

Sumber : SiakapKeli