Promosi Rebat Pembelian Di Petron Menggunakan WeChat Pay Akan Ditamatkan – Lebih Awal Daripada Pengumuman Awal

WeChat Pay hari ini melalui laman sosial mereka mengumumkan yang mana promosi rebat pembelian di Petron menggunakan dompet nirtunai mereka akan ditamatkan lebih awal daripada apa yang diumumkan sebelum ini.


Sebelum ini, WeChat Pay telah hadir dengan penawaran rebat sebanyak RM20 untuk pembelian lebih RM40 di Petron – sekaligus membolehkan orang ramai mengisi minyak pada harga RM40, dan hanya membayar RM20 sahaja. Ia sekaligus mencuri perhatian ramai, selain pada masa yang sama menarik pengguna baru memasang dompet nirtunai WeChat Pay.

WeChat Pay Petron

Pada awalnya, pihak WeChat Pay mengatakan promosi ini adalah sehingga 31 Januari 2019 kelak, tetapi kini mereka mengumumkan yang mana kempen akan ditamatkan lebih awal – memandangkan ia tertakluk kepada mereka yang terawal.

Bagi anda yang menggunakan WeChat Pay, mungkin boleh menebus rebat di Petron secepat mungkin sebelum ia ditamatkan sepenuhnya.

Sumber : Amanz