Antaramuka Fuschia OS Diubah Semula – Tidak Sama Dengan Demo Armadillo

Fuschia OS adalah sistem operasi baru daripada Google. Sistem operasi ini kekal misteri sehinggalah satu aplikasi bernama Armadillo diterbitkan. Armadillo adalah templat Fuchsia OS untuk memperlihatkan antaramuka sistem operasi baru ini. Bagaimana Google menggunakan konsep rekaan Material Design, penggunaan Cards, animasi yang ringkas dan secara keseluruhan nampak menarik. Melalui Armadillo, kita tahu Fuchsia OS adalah sistem operasi yang perlu menggunakan gesture sepenuhnya.

Kini, rekaan daripada Armadillo sudah dipadam dan sudah dihapuskan. Sumber kod untuk rekaan antaramuka ini sudah tiada lagi dalam pangkalan data Google. Perkara ini mula diketahui apabila pengguna Reddit menemui judul kod baru di fuchsia-reviewArmadillo fainted!. Jadi, kini Fuchsia OS kembali menjadi satu sistem operasi yang misteri.

Tidak pasti bila Google akan perkenalkan sistem operasi ini, tetapi sistem operasi ini sudah pun diuji pada Pixelbool dan beberapa peranti Huawei – jadi tidak mustahil kelak kita akan lihat peranti Huawei dengan Fuchsia OS serta Pixelbook tidak lagi menjalankan Chrome OS tetapi Fuchsia OS.

Sumber : Amanz