Siri Xiaomi Mi 8 Menerima Kemaskini MIUI 10 Android Pie – Sokongan Rakaman 960FPS Dan Night Mode

MIUI 10 adalah sistem operasi baru dari Xiaomi untuk peranti mereka. Ia adalah sistem operasi berasaskan Android dan mempunyai rekaan serba baru dari gabungan iOS dan Android Pie. Ia mempunyai banyak ciri menarik, rekaan antaramuka serba baru serta integrasi kecerdasan buatan untuk prestasi.

Siri Xiaomi Mi 8, iaitu Mi 8 dan Mi 8 Explorer Edition kini mula menerima kemaskini MIUI 10 berasaskan Android Pie. Tetapi siri Mi 8 lain seperti Mi 8 Pro (Mi 8 UD) dan lain-lain masih perlu tunggu. Dalam kemaskini ini, ia hadir dengan sokongan rakaman gerak perlahan 960FPS dan juga Night Mode untuk menangkap gambar di waktu malam atau suasana kurang cahaya dengan kualiti yang lebih baik.

Sayang sekali, kemaskini ini masih lagi untuk peranti versi China dan bukannya untuk global. Versi global mungkin akan hadir dalam masa yang terdekat.

Sumber : Amanz