Ura-Ura Butiran Mengenai Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX Mobile Tertiris

Ura-ura mengenai kad grafik kehadiran kad grafik bersaiz kecil yang dinamakan NVIDIA GeForce RTX Mobile semakin hangat. Terdapat beberapa perbezaan diantara siri kad grafik ini dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX Max-Q yang juga akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurut butiran yang dilaporkan melalui VideoCardz, kad grafik siri RTX Mobile akan hadir dengan spesifikasi-spesifikasi khusus yang sama yang hadir pada variasi kad grafik desktop, termasuklah jumlah teras CUDA, RT dan memori GDDR6 yang akan digunakan.

Malah, butiran yang tertiris menunjukkan bahawa kad grafik RTX Mobile akan mempunyai kelajuan Turbo Boost yang lebih pantas daripada siri desktop. Lebih menarik lagi, laporan yang sama juga menunjukkan bahan promosi untuk sebuah laptop gaming yang akan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Mobile.

Perbezaan diantara RTX Mobile dan RTX Max-Q ialah kad grafik NVIDIA Max-Q biasanya hadir dengan jumlah teras grafik yang lebih rendah daripada model desktop.

Pada pendapat kami, jika ura-ura mengenai siri kad grafik RTX Mobile ini adalah tepat, ia akan hadir di dalam laptop bersaiz lebih besar, manakala kad grafik siri RTX Max-Q pula akan digunakan di dalam komputer riba yang lebih nipis seperti ASUS ROG Zephyrus.

Sumber : Amanz