Seorang Pembangun Mendidik Kecerdasan Buatan Untuk Bermain Flappy Bird Tanpa Kalah

Flappy Bird adalah permua untuk iOS pada suatu ketika dahulu. Hanya selepas ia tular, ia hadir ke platform Android. Permua ini ditarik dari App Store dan Google Play kerana ia membuat pengguna ketagih kepada bermain permua ini. Kemudian pada bulan Ogos 2014, pembangun permua ini Dong Nguyen terbit semula permua lebih kurang sama iaitu Flappy Bird Family yang hanya boleh dimainkan secara mendatar dan mempunyai sokongan multi-pemain. Tetapi Flappy Bird Family hanya diterbitkan secara eksklusif untuk Amazon Fire TV.

Walaupun permua ini ‘hidup’ tidak sampai setahun, tetapi ia cukup membuat ramai orang ingat akan permua ini. Kini, selepas empat tahun – dengan era kecerdasan buatan, seorang pembangun membangunkan semula permua ini dan menggunakan sistem kecerdasan buatan untuk ia belajar dengan sendiri agar burung dalam Flappy Bird tidak akan jatuh atau terlanggar pada paip-paip.

Selepas burung dari permainan itu dibangunkan sehingga versi ke enam atau Gen 6 – sistem kecerdasan buatan tadi bermain Flappy Bird pada tahap tanpa had dan tidak akan kalah.

Sumber : Amanz