”Biskut Ini Untuk Adik Saya”, Bila Pulang Ke Rumah Seluruh Keluarganya Hilang ‘Ditelan’ Tsunami

Tsunami Selat Sunda yang melanda Banten dan Lampung baru-baru ini meninggalkan kesan duka kepada banyak pihak. Dalam sekelip mata, ramai yang kehilangan anggota keluarga. Antara yang merasa kehilangan adalah anak kecil ini, Aditia, yang ketika kejadian berada jauh daripada keluarganya.

Becita-cita mahu menjadi pemain bola sepak suatu hari nanti, Aditya hanya mampu duduk meratapi nasib diri ketika dia mengetahui semua ahli keluarganya sudah tiada. Yang ada di sisinya ketika itu, hanyalah anggota polis yang langsung tidak dikenali.

Kisah Aditya menjadi viral selepas dikongsikan oleh seorang pengguna facebook. Aditya ketika kejadian berda di tempat lain, menjalani pemilihan untuk memperkuadkan skuad kebangsaan Indonesia untuk menyertai Kejohanan Piala Asia B-13.

Ketika Aditya pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarganya, apa yang menanti hanyalah sebuah rumah yang sudahpun runtuh menyembah bumi. Untuk tempoh dua hari, tiada sesiapa pun yang sanggup untuk memberitahu Aditya realiti yang menimpa keluarganya.

Akhirnya Aditya mendapat tahu, ibu dan adiknya sudah pun tiada, manakala keadaan ayahnya sehingga kini masih belum diketahui. Keadaan itu memberi kesan kepada Aditya. Lebih menyedihkan, Aditya seringkali berkata ”Ini untuk adik saya” setiap kali dibekalkan dengan biskut dan susu di tempat latihan.

Hari ini, dia sudah tiada adik. Tiada sesiapa untuk diberikan biskut dan susu yang disimpan itu. Apa yang terjadi kepada Aditya turut meraih simpati daripada orang ramai.

Semoga Aditya dan mangsa-mangsa tsunami yang tabah dalam menjalani kehidupan di masa akan datang.

Sumber: Oke News, Eris Riswandi

Sumber : SiakapKeli