Gambar Pengolokkan Moto P40 Hadir Memperlihatkan Skrin Berlubang, Kamera Belakang 48MP

Baru-baru ini, kita telah melihat Samsung, Huawei dan Honor memperkenalkan telefon pintar mereka dengan menggunakan rekaan skrin berlubang, selain mana Honor dan Huawei turut menyertakan kamera belakang 48-megapixel pada peranti mereka.

Selari dengannya, ia kini dilihat menjadi trend, dan Motorola (yang dimiliki Lenovo) turut dilihat akan hadir dengan peranti lebih kurang sama.

Motorola Moto P40

Melalui gambar pengolokkan yang dikongsikan @OnLeaks hari ini, ia memperlihatkan Moto P40 yang akan menggunakan skrin berlubang, selain dwi-kamera 48-megapixel dibelakang.

Moto P40 ini juga dilihat membawakan bahagian dagu yang sedikit tebal untuk menyertakan logo Motorola, selain logo belakang yang turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Motorola akan mengumumkannya secara rasmi. Memandangkan Lenovo seperti tidak lagi memfokuskan pasaran telefon pintar di Malaysia, maka kebarangkalian untuk melihatnya memasuki pasaran tempatan adalah sangat kecil.

Sumber : Amanz