Dah Pesan Jangan Bawa Anak Datang, Pengantin Halau Tetamu Yang Bawa Kanak-Kanak Ke Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan merupakan sesuatu yang manis buat pasangan yang berkahwin jika semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan yang berlaku.

Namun, jika ada perkara sebaliknya berlaku, pasti akan menjejaskan mood pengantin pada hari bahagianya itu.

Seperti yang diceritakan di laman sesawang Reddit, sepasang pengantin terpaksa meminta salah seorang tetamu jemputan mereka yang membawa anak untuk meninggalkan majlis tersebut kerana sebelumnya telah dipesan bahawa anak-anak kecil tidak dibenarkan untuk menghadiri majlis tersebut.

Pasangan suami isteri itu membawa 2 orang anak mereka; 1 bayi dan 1 anak kecil berumur dalam lingkungan 3 ke 4 tahun. Pengantin perempuan cuba meminta ibu bapa itu untuk tidak membawa masuk anak-anak mereka ke majlisnya namun tidak dipersetujui oleh mereka.

Disebabkan itu, pengantin perempuan telah meminta pasangan itu untuk pulang.

Pengantin perempuan menjelaskan mengapa dia melarang tetamu untuk membawa anak mereka adalah kerana dia tidak mahu terjadi sebarang kemalangan melibatkan kanak-kanak ketika majlis sedang berlangsung terutamanya apabila ibu bapa terlepas pandang dengan anak mereka.

Pada awalnya, pasangan suami isteri tersebut enggan meninggalkan majlis dan menjamin akan memastikan anak mereka sentiasa dibawah jagaan mereka sebelum pengantin mula naik berang dan meminta mereka segera meninggalkan majlis.

Artikel ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen di Reddit yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pengantin itu dan mengatakan urusan berkaitan tetamu jemputan merupakan hak milik yang empunya majlis.

Sumber: Dailymail

Sumber : SiakapKeli