(Video)Salon Kenakan Hukuman Tampar Wajah Sendiri 100 Kali Buat Pekerja Gagal Capai Sasaran Jualan

Pekerja-pekerja di sebuah salon kecantikkan terpaksa menampar muka sendiri sebanyak 100 kali akibat gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat, dalam kejadian yang berlaku di China.

Bagi pekerja yang diberi hukuman tersebut, mereka perlu membuktikan bahawa mereka telah menampar wajah sendiri dengan sekuat hati di depan pihak pengurusan atau bakal berdepan denda dalam bentuk wang tunai.

Selain itu, Dailymail turut melaporkan bahawa staf-staf ini juga perlu berdepan dengan denda-denda lain yang ekstrem seperti makan cili dan bawang mentah serta meminum cuka makanan. Malah, ada juga yang dipaksa berlari sejauh 10 kilometer sebagai hukuman.

Pan, salah seorang bekas pekerja di Runfa Hair Salon membuat pengakuan berkenaan melalui media tempatan negara Tembok Besar itu.

Katanya lagi, setiap pekerja perlu menjual produk kecantikkan dan penjagaan rambut bernilai diantara RM 1799 hingga 2399 setiap hari. Sekiranya gagal, mereka bagal berdepan dengan pelbagai hukuman berat yang ditetapkan seperti diatas. Malah, hukuman tersebut turut perlu dilakukan di depan pekerja-pkerja lain.

”Kami perlu menampar wajah kami mengikut kehendak ketua kami. Jika wajah tidak cukup mereha selepas ditampar, kamu akan didenda sebanyak RM 300,” kata Pan.

Tambahnya, ada staf yang pernah membantah hukuman tersebut, namun keesokkan harinya mereka dibuang kerja. Lebih buruk, bagi pekerja yang dipecat, gaji tertunggak masih tidak dijelaskan oleh majikan.

Pan turut mendedahkan rakaman hukuman yang berlaku di salon tersebut kepada media yang menemu-ramahnya. Sekurang-kurangnya tiga staf termasuk Pan sendiri perlu menjalani hukuman tersebut.

Berdasarkan undang-undang buruh kerajaan China, majikan tidak dibenarkan untuk memalukan pekerjanya di khalayak umum. Majikan juga boleh dikenakan denda sekiranya perkara berkenaan dibawakan ke pengetahuan pihak berkuasa.

Majika-majikan di China memang terkenal dengan mengenakan hukuman memalukan terhadapa pekerja-pekerja mereka sekiranya gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara hukuman-hukuman yang pernah dilpaorkan media termasuklah minum air kencing, memakan ulat atau merangkak di jalan raya.

Sumber: Dailymail

Sumber : SiakapKeli