(Video) Lebih 20 Kereta Tersadai Selepas Isi Minyak, Petronas Akui Kecuaian

Tular sebuah video di laman sosial hari ini menunjukkan beberapa buah kenderaan yang tersadai kerana didakwa mengalami masalah setelah mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi.

Susulan itu, syarikat Petronas telah tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf melalui laman twitter rasminya kepada lebih kurang 20 buah kenderaan yang terlibat.

Menurut Petronas, berdasarkan penilaian awal yang dilakukan oleh pihak mereka,  kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kecuaian operasi pengendalian di stesen tersebut sahaja dan tidak melibatkan stesen Petronas lain. Justeru itu, stesen Minyak Petronas Solaris telah ditutup buat sementara waktu.

Petronas mengambil serius akan perkara ini dan akan melakukan siasatan terperinci. Pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan yang terlibat dan akan memberi pampasan yang sewajarnya.

Sumber : Twitter PETRONAS Brands

Sumber : SiakapKeli