Rangka Komputer Cooler Master H500 Kini Di Pasaran Malaysia – Rangka Dengan Ciri Modular Tidak Rumit

Rangka komputer modular nampaknya semakin popular kebelakangan ini, dengan pembina komputer ramai inginkan sesuatu yang boleh diubahsuai untuk membina sebuah komputer yang unik.

Cooler Master baru-baru ini membawa masuk rangka komputer modular Cooler Master H500 ke pasaran Malaysia, dan ia dipasarkan sebagai sebuah rangka komputer modular yang kurang rumit berbanding dengan model H500P yang dilancarkan sebelum ini.

Rangka H500 ini dilengkapi pilihan dengan panel depan yang lutsinar ataupun mempunyai jaringan untuk astetik ataupun pengaliran udara yang lebih cekap, dua kipas 200mm dengan kawalan lampu RGB, sokongan radiator bersaiz 360mm dan panel tepi kaca terbaja yang membolehkan pengguna melihat komponen komputer di dalam.

Rekaan rangka H500 ini juga dikemaskini, misalnya panel tepi hadir dengan skru yang tidak boleh ditanggalkan untuk mengelakkan daripada skru-skru tersebut hilang apabila ia dibuka, dan juga talam SSD dan cakera keras yang tidak memerlukan alat untuk dibuka, dan boleh dimasukkan ke dalam ruangan getah untuk mengelakkan daripada cakera-cakera tersebut bergerak,

Menurut Cooler Master Malaysia, rangka Cooler Master H500 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada harga RM399.

Sumber : Amanz