Menangis Semua Sukarelawan Bawa Jenazah Budak 5 Tahun Ini Selepas Tahu Penderitaanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam, memetik laporan Bernama seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail pada tengah malam dipercayai akibat didera ayah kandung dan ibu tirinya.

Mangsa sebelum itu dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis kanak-kanak malang itu.

Seorang sukarelawan daripada pasukan amalteam yang membantu dalam urusan penghantaran jenazah mereka yang tidak berkemampuan tampil berkongsi pengalamannya dalam membawa pulang kanak-kanak itu dari Johor Bahru ke Rawang untuk dikebumikan.

Apabila mengetahui kisah penderitaannya , semua sukarelawan tidak dapat menahan pilu. Empangan air mata yang ditahan pecah. Masing-masing memeluk erat dan mendukung anak syurga ini. Manusia yang sepatutnya melindungi tetapi memperlakukan sebaliknya. Ikuti luahannya seperti di bawah. Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Bacalah jika kamu punyai perasaan dan sharekan kepada yang lain semoga mendapat manfaat bersama…yang malas baca kami dah lukiskan dibawah…

Kes penderaan kanak-kanak sehingga meninggal dunia oleh Ibu tiri dan bapa kandungnya!!!

Semalam amalteam menerima panggilan daripada beberapa orang selepas maghrib yang meminta bantuan untuk menguruskan jenazah kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun untuk dibawa ke Rawang daripada Johor Bahru.

Seperti biasa apabila mendapat panggilan, pihak amalteam akan meneliti kes dahulu dan apa yang pihak kami tahu kesnya adalah ibu tunggal yang berasal dari Sabah tidak mampu gara gara kos membawa jenazah ke KL berjumlah hampir RM 2000 dan punca kematian disebabkan pendarahan kepala.

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

Maka setelah mendapat kata putus, amalteam terus membantu dan sukarelawan amalteam daripada Ulu Tiram hadir membantu membawa jenazah tersebut untuk ditransitkan kepada kami di Petronas Bangi secara percuma.

Jam 5 pagi, setelah amalteam yang diketuai oleh saudara Mohd Zulhairi Zainol menerima jenazah, jenazah terus dibawa ke Masjid Rawang dan sewaktu perjalanan di mana ibu kandungnya menaiki MPV amalteam, pihak amalteam merasakan amat pelik akan kes ini dan apabila kami bertanya dimanakah ayah jenazah ini, berderai kesemua waris menceritakan hal sebenar kepada kami.

Ya Allah daripada mata yang mengantuk terus terasa GERAM dan BERDERAU DARAH amalteam mendengar cerita terperinci tentang janazah tersebut.

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

Ceritanya bermula begini, 2 orang anak lelakinya berumur 5 dan 4 tahun di jaga oleh bapa kandung bersama ibu tirinya masing masing berumur 33 dan 23 tahun di Johor Bahru. Ibu kandungnya pula yang berumur dalam lingkungan 26 tahun yang berasal dari Sabah pula tinggal di Penang bagi mencari rezeki.

Mereka telah berpisah dan masing-masing mengikut haluan masing-masing dan oleh kerana ibu kandung tidak mampu menjaga kedua anaknya, anaknya diberikan kepada bapa kandungnya. Di jadikan cerita bapa kandungnya pula ada peneman baru di dalam hidupnya yang agak muda dan berasal daripada Indonesia juga tidak mempunyai apa apa dokumen perjalanan yang sah!

Hari demi hari ibu kandungnya terputus hubungan dengan anak-anaknya dan apabila dihubungi oleh pihak berkuasa, anak pertamanya yang berumur 5 tahun ini telah meninggal dunia akibat didera sekian lama!!! Agaknya jika kita di tempat ibunya, apakah perasaan kita ketika itu…

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

Apa yang lebih memilukan lagi, anak syurga ini telah di dera dengan kejamnya oleh ibu tiri serta bapa kandungnya sekali sehingga anak syurga tersebut pengsan dan berhenti bernafas sebelum dibawa ke hospital berdekatan pada hari Selasa lepas dan setibanya di hospital, anak syurga ini dikatakan sudah meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya juga mengalami trauma teruk di bahagian muka, dada, betis dan bahagian belakangnya.

Ya Allah manusia jenis apa kamu ini sehingga tergamak mendera budak kecil yang masih tidak mengenal dunia ini!!! Walaupun hidup kamu hanyalah kerana nafsu semata mata, janganlah kamu hidup dengan menyusahkan orang lain!!!

Setelah di bedah siasat, doktor mengesahkan yang anak syurga ini telah didera dengan teruk dan sudah lama berlanjutan penderaan ini serta telah dipukul menggunakan benda tumpul. Seperti biasa setelah selesai bedah siasat, hospital akan menghantar laporan ke Pihak Polis untuk susulan lanjut dan kedua mereka ini telah ditahan di rumah mereka di bawah seksyen 302. Adik kepada anak syurga ini pula telah di ambil untuk penjagaan sementara oleh pihak JKM.

Setelah kami mengetahui akan kes ini, amalteam yang selalunya sangat ceria tergamam dan sepanjang pengurusan anak syurga ini, orang kata memang masuk habuk/pasir lah mata kesemua sukarelawan yang terlibat.

Terus masing-masing dari amalteam memeluk erat dan mendukung anak syurga ini. Suasana agak suram dan hiba pagi tadi sehingga selesai pengembumian pagi tadi. Andaikata kamu tak mampu menjaga amanah Allah SWT ini, hubungilah pihak kami dan janganlah kamu mendera orang yang tak bersalah ini.

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol

Hari ini memang betul betul memberi pengajaran kepada kami dimana sewaktu kita menjaga keharmonian masing masing, masih ada manusia yang hitam hatinya yang hidup kerana nafsu syaitan semata mata. Kami tak perlukan keadilan didunia, tetapi cukuplah Allah SWT membuka mata kita semua dan memberikan hidayah kepada pesalah ini.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada kita dan Ya Allah, jauhkan lah kami dari sifat sifat yang Engaku murkai, dan kuatkan lah iman kami terhadap mu Ya Allah…

#amalteam
#foodbrandingcharities 
#afizayub

Sumber : SiakapKeli