Microsoft Edge Masih Mendahului Chrome Dan Firefox Dari Segi Kadar Efisien Penggunaan Bateri

Sebelum ini kita telah sedia melihat beberapa ujian berkaitan prestasi dan kadar efisien sesuatu pelayar web berkenaan pada platform Windows. Terkini, Microsoft telah pun menerbitkan hasil ujian terbaru mereka selepas kemaskini Windows 10 October 2018 Update.

Ujian yang dilakukan ini menggunakan komputer riba Surface Book, dan menggunakan tenaga bateri ketika sedang menstrim video berbentuk HTML5.

Melalui hasil yang dikongsikan pasukan disebalik Microsoft Edge ini, ia menunjukkan Edge beroperasi untuk tempoh paling lama dengan penggunaan selama 16 jam, dan diikuti Chrome untuk penggunaan selama hampir 13 jam. Agak mengejutkan kerana Firefox dilihat hanya bertahan penggunaan selama 8 jam sahaja.

Dengan hasil ujian terbaru ini, semestinya ramai yang kini akan menantikan sama ada Edge akan masih dapat kekal penawaran penggunaan tenaga yang efisien dengan beralih ke enjin Chromium pada awal tahun 2019 kelak.

Sumber : Amanz