(Video) Ngeri, Lintah ‘Berumah’ Dalam Hidung Budak 6 Tahun

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun kelihatan tenang apabila seekor lintah bewarna hitam ditarik keluar dari hidungnya setelah haiwan itu dikatakan tersekat di situ lebih daripada sebulan.

Difahamkan, kanak-kanak dari Vietnam itu dibawa bertemu dengan doktor oleh ibu bapanya selepas dia mengadu terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di dalam hidungnya.

Budak perempuan itu yang berasal dari Phin Ngan, berhampiran sempadan China, dipercayai tidak sengaja menelan haiwan terbabit ketika dia sedang minum air daripada sebuah sungai.

Haiwan itu dikatakan telah membesar sepanjang tujuh sentimeter di dalam hidungnya dan ketika ditarik oleh doktor, ianya berukuran 3 inci panjang.

Berdasarkan sebuah rakaman video, kanak-kanak perempuan itu dilihat memandang ke arah lintah berkenaan ketika doktor terbabit menunjukkan kepada ibu bapanya.

Sumber : Mirror UK

Sumber : SiakapKeli