Penganalisa : Xiaomi Mi 9 Dan Mi MIX 4 Mungkin Hadir Dengan Tri-Kamera Belakang

Pada tahun ini, ia menyaksikan trend pengeluar menggunakan lebih daripada dua lensa pada kamera belakang telefon pintar. Walaubagaimanapun, Xiaomi masih lagi kekal dengan penawaran dwi-kamera mereka sahaja sepanjang tahun 2018 ini. Hal berkenaan dijangka berubah mengikut beberapa penganalisa.

Menurut GF Securities, Xiaomi dijangka hadir dengan telefon menggunakan tri-kamera pada 2019 kelak. Teknologi berkenaan dijangka diimplementasikan pada Xiaomi Mi 9 dan juga Mi MIX 4.

Kedua-dua telefon pintar berkenaan juga dijangka akan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 855 bersama dengannya. Xiaomi dikatakan akan menggunakan lensa “periskop” yang bakal menawarkan sokongan zum optikal yang lebih baik berama dengannya.

Selain daripada kedua-dua peranti ini, Xiaomi juga dijangka memperkenalkan telefon pintar dengan kamera belakang 48-megapixel pada Januari 2019 ini.

Sumber : Amanz