Big Brother: Filem Donnie Yen Yang Unik

Baru lepas layan movie Big Brother lakonan Donnie Yen. Filem
ni berbeza sikit daripada filem beliau sebelum ini. Filem ni jugak mendapat
komen yang kurang memuaskan dikalangan peminat beliau termasuk aku mungkin
kerana betapa kurangnya babak berlawan. Kita semua sedia maklum, kalau filem
Donnie Yen sudah tentu ada babak pertarungan dan bergaduh. Donnie Yen juga
terkenal  dengan babak seorang berlawan
dengan ratusan lawan.

Dalam filem ni, babak berlawan kurang dari 10 minit yang Cuma
memaparkan sebanyak ada dua kali sahaja adegan aksi. Satu babak aksi ialah
ketika di kelab tinju untuk mengambil anak murid, manakala sebuah lagi
melibatkan percubaan menyelamatkan anak-anak muridnya dekat sekolah. Selain
dari dua babak ini, file mini lebih banyak bermain dengam mesej kehidupan yang
cuba ditampilkan melalui seorang lelaki yang menjadi guru kepada 24 orang
murid.

Donnie Yen yang menggalas watak lelaki bernama Chen Xia atau
Henry Chen merupakan rakyat Hongkong yang berpindah ke Amerika semasa kecil.
Beliau kemudian dihantar ke Kolej Tentera dan menyertai Tentera Laut Amerika.
Ketika dalam perang, Chen mula mencari arah makna kehidupan.

“Mencuba dan terus
mencuba. Tapi apa yang kejam ialah jauh mana kau mencuba, kau masih lihat ada
yang terbunuh.”

Dialog diatas selepas babak Chen masih dalam perkhidmatan
tentera dan babak peperangan. Seorang perempuan yang cuba keluar dari medan
peperangan meminta Chen mencari anak perempuan itu yang tertinggal dalam medan
perang. Ya, Chen Berjaya menyelamatkan anak kecil itu. Tapi masih ada nyawa
yang terkorban, termasuk musuh yang mereka bunuh.

Chen berhenti dari perkhidmatan tentera dan kemudian
mengambil keputusan untuk mengembara. Dari Tembok Besar China hingga ke negara
bersalji dan berakhir di tanah kering. Tak dinyatakan dimana tempat Chen ni
singgah, tapi kalau tengok filem ni, kita dapat menmbuat kesimpulan bahawa
lokasi tersebut merangkumi gabungan Amerika-China-Eropah-Afrika. Dalam filem
tersebut, ada digambarkan Chen ternampak seekor burung helang yang terbang
pulang ke sarang. (Kalau ikut dalam filem tu, helang tu terbang ikut Chen dari
mula dia mengembara sampai ketempat terakhir tu.)

“Setinggi mana helang itu terbang, tetap pulang sarang.
Menabur bakti untuk generasi seterusnya.”

Chen mengambil keputusan untuk pulang ke Hong Kong dan
menjadi guru disekolah beliau semasa masih kecil, Takchi Secondary School. Chen
telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah kelas yang muridnya memang sangatlah teruk,
bak kata orang budak tiada masa depan. Setiap satu murid kelas ni ada masalah
masing-masing dan Chen cuba memperbaiki masalah ni dengan cara beliau yang
tersendiri.

Mari kenal satu demi satu watak murid dan masalah yang
dihadapi.

Xiang Zufa

Zufa ialah remaja berketurunan Pakistan yang sudah lama
menetap di HongKong. Dia minat untuk bermain muzik dan menyanyi. Masalah yang
dihadapi ialah Zufa kurang mempunyai keyakinan. Ini berpunca dari faktor
keturunan dan ketidakpetahan dia bertutur semasa dia kecil. Dia selalu diketawakan
diatas pentas kerana tutur kantonis yang berbunyi janggal.

Chen akhirnya membawa Zufa agar menjadi lebih yakin dan
berani. Dalam satu babak mereka berdua sedang menyaksikan persembahan busker
ditepi jalan. Chen meminta Zufa menyertai kumpulan busker itu untuk menyanyi
tetapi Zufa tidak mahu.

“After I go and sing,
its your turn.”

Dalam babak ini menunjukkan nilai manusia yang akan cuba
untuk mengubah sesuatu sekiranya ada seseorang yang mendorong dan menunjukkan
caranya. Zufa menjadi lebih yakin selepas itu kerana persembahan itu mendapat
sorakan dari penonton. Ketidakpetahan Zufa bertutur dalam kantonis ternyata
sudah berubah menjadi lebih baik selepas lama menetap di HongKong.

Wang Denan

Wang Denan ialah seorang gadis yang merasa tersisih dek keluarga
kerana sikap pilih kasih ayahnya. Ayahnya lebih mementingkan adik lelakinya
dalam segala hal dan tidak menyukai sikap Wang Denan yang agak kelakian. Wang
Denan akhirnya sedar yang ayahnya masih memikirkan tentang dia selepas dia
hampir dilanggar sebuah lori.

Guan Qixian dan Guan
Qicheng

Qixian dan Qicheng ialah saudara kembar. Ayah mereka ialah
seorang lelaki yang kuat mabuk dan ibu mereka telah keluar dari rumah semasa
mereka masih kecil. Semenjak dari ibu mereka keluar dari rumah itu, dua beradik
ini makin hilang akrab antara hubungan ayah dan anak. Akibat dari permasalahan
keluarga yang dihadapi oleh Qixian, dia mencari hiburan dengan bermain
permainan computer.

“I found a place. If
you lose, you can repeat again. Not cruel as the real world.”

Qicheng pula seorang yang agak lembam dan kurang
berkeyakinan tetapi rajin. Berbeza dengan Qixian yang sentiasa memegang telefon
pintar, dia sentiasa melakukan kerja dan belajar dirumah. Akan tetapi, faktor
dia yang lembam dan sukar untuk mengingati apa yang dia belajar menyebabkan dia
gagal dalam ujian yang disediakan oleh Chen.

Ini membuatkan Qicheng merasa tertekan dan kecewa dengan
semua itu. Selepas dia berusaha, dia masih gagal. Dia mengambil tindakan nekad
untuk membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya ditingkat tiga.

Dalam usaha Chen memperbaiki hubungan kembar ini dengan
ayahnya, Chen mengaturkan satu sesi kaunseling untuk Encik Quan. Sesi
kaunseling secara berkumpulan ini memerlukan dia untuk meluahkan perasaan
kepada orang dalam kumpulan. Tanpa diketahui, Chen meletakkan Qixian dan
Qicheng dalam kumpulan kaunseling itu. Sesi soal jawab bermula seperti biasa
pada mulanya dan Encik Quan bersikap jujur pada semua termasuk dua anaknya.

Bila ditanya mengapa anak Encik Quan tidak menegur sikapnya yang
suka mabuk, Encik Quan menjawab yang anaknya tidak peduli tentangnya.

“They don’t care about
you or you don’t care about them
.”

“I don’t know, we
don’t talk.”

Semenjak mereka berdua kehilangan ibu mereka, mereka
langsung tidak bercakap dengan ayah mereka kecuali tentang makan atau menyuruh
mereka melakukan sesuatu. Encik Quan menjadi seorang pemabuk kerana mahu
melupakan masalah yang dihadapi, rasa bersalah terhadap dua anaknya. Dia juga
tidak memberi tahu punca sebenar ibu mereka keluar dari rumah itu menyebabkan
Qixiang dan Qicheng menyalahkan Encik Quan tanpa mengetahui punca sebenar.

Li Weicong

Weicong ialah seorang murid pintar namun kerana kesusahan
hidup yang dihadapi membuatkan dia terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan.
Ini menyebabkan dia sering penat disekolah dan kurang fokus hingga mengabaikan
pelajaran.

Weicong telah dibuang dari sekolah kerana bergaduh dengan
seorang murid lain. Chen menyedarkan Weicong untuk memperbaiki hidup dengan
belajar bersungguh-sungguh dan menghargai jasa neneknya yang telah banyak
bersusah payah.

Dalam babak permulaan Chen memasuki kelas dan baru mengenali
semua murid dalam kelas itu. Chen menegur Weicong yang merokok dan memberitahu
bahaya dan kesan rokok pada semua muridnya. Chen memberitahu nilai keuntungan
yang telah dikaut dari perniagaan jualan rokok.

You once talk about
science, then business, later philosophy. Really don’t understand.”

Chen kemudian menjawab,

“Not all I said you
have to understand. But to tell you must use brain not to being lied.”

Chen mengingatkan misi dan visi sekolah itu kepada pengetua
semasa mereka berdua sedang berbual tentang hala tuju sekolah itu sekiranya
pelajar mereka gagal dalam ujian seterusnya. Mereka telah diberi amaran yang
dana akan dihentikan sekiranya pelajar mereka gagal dalam ujian.

“Everything can be
taught can be useful.”

Chen lebih gemar mengajar pelajarnya agar lebih kenal erti
kehidupan.

“We said this
education not teach students how to answer the test but to provide guide to
choose their own way.”

Chen semasa kecil telah menyebabkan tangan seorang pelajar
sekolah ini patah dalam satu pergaduhan iaitu Luo Xinjiang. Xinjiang yang mahu
sekolah itu ditutup atas faktor perniagaan telah mengurung semua murid Chen
semasa hari peperiksaan. Chen datang untuk menyelamatkan muridnya dan bergelut
dengan Chen. Kemudian barulah Chen tahu rupanya Xinjiang ialah murid yang
pernah dia patahkan tangan dahulu.

Chen yang Berjaya merampas pisau dari Xinjiang bertindak
menikam pehanya sendiri kemudian beredar dari situ.

“I know I debt you one
word. I try to find you but failed. Sorry.”

Dengan perbuatan Chen menikam pehanya sendiri, hutang darah
telah dibalas dengan darah. Xinjiang mengatakan Chen telah memusnahkan impian
Xinjiang untuk menjadi seorang pemain piano.

Dalam babak terakhir menonjolkan Xinjiang bermain piano.
Ironi bukan, impian itu tidak musnah tetapi Xinjiang sendiri memilih untuk
menjadi samseng berbanding meneruskan cita-cita menajdi pemain piano terkenal.
Semua itu kerana dendam dan sikap meletakkan kesalahan pada orang. Dalam satu
babak dimana satu dari soalan ujian yang diberikan oleh Chen kepada semua
muridnya berbunyi sebegini.

What is the meaning
of life?”

Weicong tidak memilih mana-mana pilihan jawapan sebaliknya
menambah satu lagi pilihan jawapan iaitu,

“Grow up after making
mistake.”

Ya. Manusia lebih belajar selepas melakukan kesilapan.

This world only talk
about power, money and whose the more cruel.

Sumber : ThePatriots