‘Diorang puji melambung, paksa pinjam duit kawan bayar kelas RM822’ – Bakal lawyer ‘sekolahkan’ budak-budak MLM

Mereka tidak pernah berhenti berusaha cuba mempengaruhi orang yang naif untuk menyertai mereka. Kononnya untuk membantu kewangan sendiri, tetapi lebih kepada membantu kewangan mereka dan yang membantu itu pula menjadi papa kedana menanggung hutang yang tidak sepatutnya. 
Tidak terkecuali, golongan student juga menjadi sasaran mereka untuk meraih keuntungan pantas namun dosa bertimbun-timbun. Ada saja cara dan kaedah digunakan untuk mengaburi mangsa mereka, sehingga sanggup menjadi penunggang agama. 
Ini adalah pengalaman seorang gadis yang dipujuk rayu bagai untuk menyertai MLM. Namun dek kedegilannya yang teguh itu, budak-budak MLM pun tak dapat nak mempengaruhi dia. Sikap seperti inilah yang patut dicontohi anak muda agar tidak mudah menjadi mangsa golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. 
HI, ini adalah cerita aku dipujuk masuk Multi-level Marketing (MLM) tetapi diorang silaplah sebab aku anak Amri. Bapa aku ajar, jangan bodoh. Tulisan ini pnajang tapi aku syorkan baca sebab target diorang ni memang anak muda saja. Kalau tak muda pun, yang jenis low confident level dna mudah terpengaruh. 
Ceritanya bermula begini. Aku dibawa ke satu online revolution talk ini tanpa persetujuan aku. Masa nak pergi tu, dijemputlah. Awal-awal dah menipu sebab tak ada pun kata nak bawa aku ke talk itu. Tapi dah kawan aku tu belanja, aku layankan sajalah. 
I would say the talk was inspiring. Masalahnya adalah, selepas talk. Selepas talk, kitorang Asar dan semua orang approach aku dan ayat paling banyak aku dengar adalah, “Fuyohh datang dengan Midon. Midon ni bukan calang-calang tau. Bla.. bla.. bla..” 
Hatta aku duduk depan siapa pun boleh jadi point diorang. Aku duduk depan Adib, one of the leader katanya. Itu pun boleh jadi point.
“Adib tu memang hebat. Saya bleh katakan yang Amira ada potensi sebab itu Adib pilih untuk duduk belakang Amira.” 
Aku dalam hati, literally aku dah duduk, pastu Midon suruh aku tukar tempat dua kali kot. Korang yang plan aku mana. Tapi keluar dari mulut, “He literally can sit anywhere” untuk jaga hati. 
On a side note, aku dah dua kali jumpa Adib yang bangang. Adib yang satu lagi adalah ex aku. Nasib baik aku ada cikgu silat nama Adib yang baik dan selalu tolong aku. Bagi aku, honest insight in life etc. So tak adalah aku cop orang nama Adib ini semua longkang. Terima kasih, cikgu. Okay, kembali ke Sri Pentas. 
Diorang bawa aku lepak mamak. Aku okay je sebab aku lapar. Diorang beramai-ramai di situ weh dan masing-masing approach aku. So sebenarnya aku je yang baru kat situ aku rasa sebab haram aku jumpa orang yang cakap, “Saya pun baru first time”. Memang aku saja. 
Diorang puji melambung at first dan diorang akan tanya dream, minat etc, tanya plans. Bila aku cerita plan aku nak jadi lawyer, diorang akan bagi ayat “Sampai bila?” macamlah jadi lawyer itu merugikan kehidupan dan aku macam, “Duh! Sampai bila-bila la. Kalau dah bosan jadi lawyer, I in-house la” dan diorang saling pandang sama sendiri. Penatlah tu sebab sis tegur pendirian. 
But wait, diorang akan borak dengan kau dan korak apa yang kau suka serta akan cuba suruh kau buat business based on that. Dalam kes aku, diorang sentuh law, budak-budak dan silat. Diorang suruh aku buka firm sendiri. Aku matikan dengan kata jujur.
“Tapi saya memang tak ada plan nak buka firm sendiri” 
Diorang suruh aku bayangkan dan suruh aku guna ‘ilmu marketing’ itu untuk promote firm aku. Aku matikan diorang dengan”
“Kitorang tak boleh tout. Salah di sisi undang-undang. Lawyers ni orang cari dia, bukan dia cari orang. Ethically, it’s not making money. It’s responsibility. Kalau I market firm and kantoi, I kena gantung sijil tau.” 
So diorang pusing. Suruh aku buat side income. Aku matikan dengan:
“Lawyers ke chambies ke, tak boleh buat side income. Kalau kantoi, saya kena kat disciplinary board.” 
Diorang kata, takkanlah tak ada lawyer yang tout or buat side income langsung? Aku kata ada. Diorang tanya apa jadi pada diorang dan aku kata la diorang kena gantung, bayar denda, reputation rosak. Ada dalam kes kot, kau yang tak belajar dan of course the classic argument of lawyer sebelah kaki di neraka. I went, “Woah, bagi rawi.” terkulat kau, baru kau tahu aku produk SMKA.
They kept on kata semua orang ada ethics, tapi tak semestinya kita kena ikut. Tak perlu ikut kalau niat kita baik, nak bahagiakan parents, adik-adik.
Kepala bana lu. Kalau time long call tu mak aku dah datang bawa bunga tiba-tiba kena object tak boleh jadi lawyer, bahagia ke mak aku? Niat tak menghalalkan cara la. Oh, cakap 9/10 rezeki dari perniagaan pandai ikut agama, bab cara tiba-tiba tak payah ikut aama ye? Kenapa aku cakap macam tu? Sebab diorang tarik aku masuk kelas basic, intermediate or advance. Ayatnya adalah ‘promotion’. 
Harga kelas basic asal RM900+ tapi promotion RM872. Tapi percayalah, setelah Google, semua orang duk kata begitu. Means memang tipu. Masa itu aku tak sempatlah Google. Tapi aku potong dan cakap, “I mana ada duit. Kalau I nak bagi pun bolehlah RM50.” dan tahu macam mana diorang suruh aku dapatkan baki?
MEMINJAM
Diorang suruh aku listkan nama orang yang boleh aku pinjam dengan alasan diorang akan bagi pinjam kalau diorang kawan sejati. Aku cakap senang saja.
“Kawan-kawan I semua sengkek macam I. Kalau I pun diorang nak hutang, I sayang macam mana pun kawan tu, I tak bagi diorang pinjam duit kalau I sesak.” 
Dan yang paling bulan bintang, Adib bagi jaminan yang aku boleh bayar balik hutang itu dalam masa empat hari. Aku trylah cakap kat Midon dengan Lily, “Kalau nak pinjam boleh? I pinjam duit you, dengan you.” 
SENYAP
Satu lagi, diorang memang organized kaw-kaw. Semua orang akan tahu kau siapa, minat apa, yadayada. Memang diorang sebar kaw-kaw pasal aku. Kalau kau anak sulung, semua yang dihantar untuk bercakap dengan kau adalah anak sulung. Diorang kata nak tolong tapi babs judgmental. Walaupun lakonan tahap pelajar Aswara, tapi ada masa Adib tu goyahlah juga pasal aku ‘degil’ kan. Ada la sekejap dia emo dan cakap,
“Semua orang kat sini kata awak ni bercakap acah-acah gaji awak sebulan RM12,000.00” 
Amboi sis dan tak sis, mengumpat ker? Ini bukan mulut sebulan RM12,000.00. Ini mulut elaun sebulan seribu empat ratus tak campur claim dengan OT. 
Diorang akan highlight point kau ego, tak nak buka hati, tak nak buka minda dan negatif. Diorang akan suruh say yes first, jangan fikir panjang. Aku dah macam bercakap dengan OKT. 
“How am I going to delve into something I don’t even understand?” sambil tangan gerak-gerak. 
Ye la, balik-balik guna point ‘percaya’, “Allah hantar ada hikmah” dan “Jangan filter apa yang saya cakap”. Aku anak Norliza, mak aku cakap buang yang keruh, ambil yang jernih. Dey, nak dakwah masuk Islam pun kena bagi faham Islam dulu. Bukan main suruh kawan tu mengucap. Yang kau langsung tak terang gist kat aku, paksa aku bayar malam ini juga, pinjam duit kawan. 
Diorang ni memang rider agama teruk. Semua benda guna nama Allah dan yang geramnya, esok ada another talk. Aku cakap tak boleh pergi, malam aku ada training silat. Diorang boleh kata, “Penting sangat ke training tu? Mana lagi penting, training ke masa depan awak?” 
Aku dengan seriusnya, “Woah! Traning.”. Selama ini yang susah senang dengan aku selain family, family silat aku juga. 
Bayangkan dari lepas Asar sampai nak dekat jam 12 malam, diorang push aku (ada la break maghrib). Sampai aku dah penat sangat, aku cakap nak balik. Guess what? Diorang tak bagi. Diorang suruh aku pergi relaks bagai. Aku macam, “Aku nak balik la bodoh”. Diorang siap minta aku beri alasan kenapa nak balik. Aku bayar sewa  hanat. Dahlah hari bekerja balik malam, aklah juga guna bayaran sewa itu at least untuk tindur. Dan apa yang payah sangat nak faham dah aku nak balik, aku nak balik la. 
Aku mengamuk. Aku cakap, “Honestly I feel pressured. I don’t feel like doing this pun in the first place. I want to go home. I rasa banyak kali dah I cakap I nak balik. Just respect my feelings that I want to go home. Tak payah hantar I balik pun I can go home by myself.” 
Tahu apa Lily kata? “Awak cubalah appreciate effort Midon bawa aku ke sini”.
Jawapan aku senang je, “I didn’t ask him to.” Percayalah lebih sepuluh kali aku cakap nak balik. 
Sudahnya aku balik sendiri naik Grab. Tak apalah bayar Grab RM43 dari aku berhutang RM822. Aim dia memang budak muda, di situ ramainya yang lagi muda dari aku. Student. Ya la, budak-budak kan, mestilah naif. Diorang akan pakai argument agama, keluarga dan akan kata perangai kau buruk. Heh, siapa yang buruk perangai?
Aku tak ada merendahkan kau buat business masa kita mula-mula berjumpa (bisnes ke dosa?). Yang kau merendahkan aku sebab aku tak nak bisnes dosa kau tu. 
Aku pernahlah tanya mak aku, “Kalau Kak Yong habis chamber tak jadi lawyer, tak apa ke?”. Mak aku diam tiga saat dan kemudian cakap, “Penat jelah belajar law”. 
So dari situ aku dah tahu mak aku nak aku jadi lawyer. Itu kebahagiaan sebenar mak aku. Bukan aku limpahkan dia harta dari duit haram. Penat mak aku bagi susu halal. 
Sorry, kebahagiaan mak kita tak sama. Mak bapak aku ajar kekayaan paling perlu adalah kekayaan akhirat. 

Sumber : TheReporter