Vivo NEX Dual Display Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Pada Harga RM3199

Vivo Malaysia kini nampaknya telah mula membuka pra-tempahan untuk telefon pintar dwi-skrin mereka yang terbaru, iaitu Vivo NEX Dual Display.


Telefon pintar ini menggunakan dwi-skrin, satu dihadapan bersaiz 6.39-inci, selain skrin belakang bersaiz 5.49-inci. Vivo mengelakkan penyertaan sebarang takuk atau kamera di skrin hadapan – sebaliknya semuanya bergantung kepada kamera belakang. Pengguna boleh swafoto menggunakan tri-kamera belakang yang hadir pada telefon pintar ini, dan melihatnya melalui skrin pada bahagian belakang.

Menjana peranti ini juga adalah cip Snapdragon 845, memori sehingga 10GB RAM, dan storan 128GB. Vivo NEX Dual Display turut dijana sistem operasi Android 9.0 Pie, selain bateri berkapasiti 3500mAh.

Bagi anda yang berminat, anda boleh pra-tempah peranti ini pada harga RM3199 di Malaysia melalui beberapa pengedar rasmi Vivo di Malaysia.

Sumber : Amanz