“Trolling Di Media Sosial Adalah Dilarang Dan Berdosa Menurut Mufti Wilayah Persekutuan

Trolling ialah perbuatan memperlekeh dan mempersenda dengan tujuan untuk menyakitkan hati individu atau kumpulan tertentu. Terma trolling telah digunakan sejak dekad 80an ketika zaman awal Internet dan hanya memasuki kamus Inggeris Oxford pada tahun 1992. Dengan wujudnya media sosial, perbuatan trolling semakin meningkat kerana pengguna boleh menyorok di sebalik identiti awanama.

Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan trolling ini adalah dilarang menurut ajaran Islam dan berdosa sekiranya ia bertujuan menyebarkan perselisihan dalam media sosial dengan menyiarkan mesej bersifat provokatif, sarkastik dan agresif yang jauh berbeza dengan topik asal perbincangan. Ia turut dilarang sekiranya dilakukan dengan tujuan menghasut pembaca memberikan respon secara emosional sama ada sekadar berjenaka atau dengan matlamat tertentu.

Oleh itu jika mahu berjenaka atau bergurau menggunakan platform media sosial, kita harus berpada-pada dalam melakukannya bagi mengelakkan diri terpalit dosa. Manakal artikel jenaka seperti Tech Troll yang telah lama kami bersarakan adalah dibenarkan.

Sumber : Amanz