Kemaskini Android One Kekal Dua Tahun, Walaupun Laman Web Tidak Nyatakan

Kita semua tahu yang sistem operasi Android asli untuk Pixel atau Android One untuk banyak pengeluar, Google menjanjikan kemaskini selama 3 tahun. Di mana 2 tahun adalah sistem operasi utama dan 3 tahun kemaskini tampalan sekuriti.

Minggu lepas, Google membuang butiran mengenai Android One menerima kemaskini selama 2 tahun dan ia mendatangkan banyak persoalan daripada ramai pengguna. Kini, Google telah keluarkan kenyataan rasmi di mana kemasini Android One kekal seperti yang dijanjikan iaitu 2 tahun kemaskini utama.

Tetapi anda semua perlu ingat, walaupun Google telah janjikan kemaskini selama 2 tahun, jika para pengeluar tidak edarkan kemaskini ini anda tetap tidak akan menerima kemaskini atau jika ya – mungkin lambat. Xiaomi Mi A1 yang dilancarkan pada tahun 2017 terima kemaskini Android Pie agak lambat. Ada kemungkinan Android Pie adalah versi kemaskini terkahir, kerana ketika ia dilancarkan ia menjalankan Android Nougat – kemudian Android Oreo dan kini Android Pie. Secara asasnya Mi A1 sudah menerima dua generasi kemaskini sistem operasi.

Sumber : Amanz