Siaran TV Analog Akan Ditamatkan Di Malaysia Menjelang Penghujung Mac 2019

Perancangan untuk menamatkan siaran televisyen analog telah dibincangkan sejak beberapa tahun lepas, dan sepatutnya diselesaikan pada 30 Jun 2018 lepas. Walaubagaimanapun, ia telah ditangguhkan sebelum ini kerana prosesnya yang tidak selesai.

Hari ini, The Edge melaporkan mengatakan yang mana siaran televisyen analog ini akan ditamatkan pada Mac 2019 kelak – seperti yang dijangkakan sebelum ini.

MYTV Broadcasting

Dengan peralihan ini, kita akan melihat penggunaan siaran digital sepenuhnya – yang mana membawa kepada beberapa kelebihan, termasuk sokongan lebih banyak saluran, saluran interaktif, dan paparan pada resolusi lebih tinggi berbanding pada hari ini.

Selari dengan ini juga, pihak MYTV Broadcasting akan mengedarkan sekitar 1.5 juta dekoder kepada penerima secara berperingkat bermula Januari 2019 kelak. Penerimanya dipilih berdasarkan kepada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Dengan peralihan ini juga, ia akan membolehkan gelombang yang digunakan untuk tujuan siaran analog ini dikosongkan dan digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menyediakan dan menambah-baik perkhidmatan mereka.

Sumber : Amanz