WhatsApp Akan Berhenti Beroperasi Pada Peranti Dengan Sistem Operasi Nokia S40 Bermula Esok

Sistem operasi Nokia Series 40 (S40) telah digunakan sejak 1999 dan sebanyak 1.5 bilion telefon mudah alih yang menggunakannya telah terjual. Ia bukanlah sistem operasi pintar dan kepopularannya telah jauh menjunam. Kepada mereka yang masih lagi menggunakan peranti dengan Series 40, aplikasi WhatsApp akan berhenti beroperasi bermula 1 Januari 2019.

Penghentian sokongan ini telah laman diumumkan oleh WhatsApp. Harus diingatkan sokongan untuk peranti dengan sistem operasi Android 2.3.7 serta iOS 7 akan dihentikan pada 1 Februari 2020. Senarai lengkap peranti yang menggunakan Nokia S40 adalah seperti di bawah.

  1. Nokia Asha 300
  2. Nokia Asha 302
  3. Nokia Asha 303
  4. Nokia Asha 305
  5. Nokia Asha 306
  6. Nokia Asha 308
  7. Nokia Asha 309
  8. Nokia Asha 310
  9. Nokia Asha 311
  10. Nokia Asha 500
  11. Nokia Asha 501
  12. Nokia Asha 502
  13. Nokia Asha 503
  14. Nokia C3-00
  15. Nokia C3-01
  16. Nokia X2-00
  17. Nokia X2-01
  18. Nokia X3-02
  19. Nokia X3-02.5

Sumber : Amanz