Google Duo Sedang Menguji Sokongan Panggilan Berkumpulan Sehingga 7 Orang

Google Duo merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk membuat panggilan video dengna mudah. Selepas sekian lama menawarkan kemudahan untuk membuat panggilan video antara satu sama lain, kini Google dilihat turut menguji sokongan panggilan berkumpulan pada aplikasi berkenaan.

Google Duo

Menurut Android Police, kini Google sedang menguji kebolehan membuat panggilan video sehingga 7 orang melaluinya. Apa pun, berbeza dengan beberapa aplikasi panggilan video yang lain, pengguna tidak boleh menambah pengguna selepas memulakan sesuatu panggilan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan ciri baru ini kepada semua pengguna Google Duo. Mungkin kita akan dapat melihat ciri panggilan video berkumpulan ini di Duo dalam masa beberapa minggu lagi.

Sumber : Amanz