Vivo NEX Dual Display Dengan Cip Snapdragon 710 Bakal Dilancarkan

Vivo NEX Dual Display dilancarkan pada pertengahan bulan Disember lalu dengan dwi-skrin terbina. Peranti mercu ini turut dijana oleh cip Snapdragon 845 serta tri-kamera utama. Ia nampaknya akan turut ditawarkan dalam versi kelas pertengahan yang dijana pula oleh cip Snapdragon 710. Kewujudan peranti ini tertiris selepas ia tersenarai di laman TENAA.

Spesifikasi lain ialah ia dilengkapi sistem tri-kamera 12+13+2 Megapixel dan bateri sebesar 3425 mAh. Kamera utama pada versi Snapdragon 710 ini tidak menyokong sistem TOF. Tiada maklumat mengenai bilakah ia akan dilancarkan. Di Malaysia pra-tempahan untuk Vivo NEX Dual Display telah dibuka pada 31 Disember yang lalu.

Sumber : Amanz