Aplikasi e-SIM Durian Man Dikemaskini Dengan Nama Baru, Elinking

Pada bulan November tahun lepas, Xiaomi Malaysia mula menawarkan sokongan e-SIM untuk 17 peranti mereka. Sebulan kemudian, Oppo turut menambah sokongan e-SIM ini kepada dua peranti mereka – Oppo F9 dan Oppo R17 Pro. Perkhidmatan e-SIM ini adalah di bawah talian baru, Durian Man.

Beberapa hari lepas, perkhidmatan e-SIM Durian Man ini dikemaskini dengan nama baharu – Elinking. Menurut Elinking, mereka menukar kepada nama ini adalah kerana kita kini berada di zaman ioT (peranti berhubung) dan linking yang bermaksud menghubungkan jadi, teknologi e-SIM mereka ini akan sentiasa terhubung kepada teknologi yang lebih inovatif.

Perkhidmatan e-SIM Elinking ini adalah di bawah talian Tune Talk, kerana jika anda daftar e-SIM ini SMS daripada Tune Talk akan diterima memberitahu ia sudah boleh digunakan. Kemudian, jika pengguna tidak selesa dengan antaramuka Elinking – aplikasi Tune Talk turut boleh digunakan untuk memantau kuota penggunaan.

Sumber : Amanz