A Very Slow Movie Player Memainkan Filem Pada Kadar 24 Bingkai Sejam

Filem di pawagam dimainkan pada kadar 24 bingkai sesaat. Terdapat beberapa eksperimentasi pernah dilakukan seperti filem Billy Lynn’s Long Halftime Walk yang dimainkan pada kadar 120 bingkai sesaat dan siri Hobbit pada kadar 60 bingkai sesaat. Kedua-dua format percubaan ini kurang mendapat sambutan kerana kelihatan aneh kerana membuatkan filem kelihatan seperti drama TV. Bagi mereka yang ingin menikmati setiap babak filem yang ditonton, A Very Slow Movie Player (AVSMP) telah dihasilkan.

Pemain video ini akan memaparkan imej pada skrinnya pada kadar 24 bingkai sejam. Ini bermakna sebuah filem sepanjang dua jam akan memakan masa 300 hari untuk ditonton sepenuhnya. Ia adalah ciptaan Bryan Boyer yang merupakan seorang jurutera menggunakan sebuah komputer Raspberry Pie. Skrin 7.4″ e-ink monokrom digunakan pada AVSMP bagi menjimatkan penggunaan bateri.

Buat masa ini AVSMP ialah sebuah projek peribadi yang tidak dijual kepada umum. Bagi mereka yang inginkan kelainan, AVSMP ialah projek yang boleh dibuat sendiri sekiranya anda mahir menggunakan Raspberry Pie.

Sumber Bryan Boyer menerusi TechCrunch

Sumber : Amanz