(Video) ‘Nat, angin punya tayar belakang ini OKEY!’ – Netizen geli hati tengok calon ujian memandu ini buat pemeriksaan kenderaan

Viral di media sosial video seorang calon wanita melakukan pemeriksaan kenderaan membuatkan netizen terasa geli hati melihat gelagatnya yang melucukan. 

Berdasarkan dua video tersebut, hampir keseluruhan bahagian kenderaan termasuk enjin diperiksanya di hadapan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 
Beliau dengan penuh semangat memaklumkan satu persatu bahagian yang diperiksanya semua berada dalam keadaan baik.
“Dah kereta baru, mestilah semuanya okay. Boleh kerja di Perodua la pasni, hahaha!” kata netizen. 
“Zaman aku ambil lesen dulu, tak ada camni. Nasib baik, hahaha!” kata netizen lain.
Walaupun ia kelihatan agak melucukan dan tidak kurang juga yang mendakwa ia semakin menyusahkan calon, namun ada netizen yang berpendapat kaedah itu bagus bagi memberi calon pengetahuan mengenai kenderaan, bukannya hanya sekadar memiliki lesen memandu tetapi tidak mempunyai pengetahuan mengenai kenderaan yang dipandu. 
“Sekurang-kurangnya pemandu yang baru mengetahui asas komponen kenderaan dan perlahu tahu apa yang wajib dibuat sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan,” kata Zul Zul. 

Bagi Mila, sememangnya itulah yang perlu dilalui oleh calon baru termasuklah dirinya. Tetapi ia menyeronokkan kerana daripada tidak tahu akhirnya menjadi tahu mengenai bahagian-bahagian kereta. 
“Kami ambil lesen macam gini. Tapi best. Mana yang tak tahu akan tahu bahagian-bahagian kereta. Jangan tahu bawa saja,” katanya.  

Sumber : TheReporter