Sepanjang 2018: Telefon Yang Disyorkan Untuk Kegunaan Permainan

Ramai yang mencadangkan kepada kami untuk membuat senarai telefon untuk kegunaan permainan dan kami telah memilih beberapa telefon untuk disyorkan kepada anda. Tahun 2018 antara tahun yang istimewa untuk kegunaan permainan ini kerana kita disajikan dengan pelbagai telefon berspesifikasi berkuasa pada harga mampu milik. Jadi bagi anda yang sedang mencari telefon untuk kegunaan permainan, artikel ini mungkin dapat membantu untuk membuat pemilihan telefon baru anda.

Di dalam artikel ini, kami menyenaraikan kesemua telefon terbaik ini berdasarkan harga bagi memudahkan anda melihat telefon yang sesuai mengikut bajet anda. Di dalam setiap bajet ini, kami melihat telefon yang benar-benar berkebolehan untuk permainan tanpa sebarang turutan pemenang. Dengan pemilihan sebegini, anda boleh melihat senarai peranti yang disyorkan dan memilihnya mengikut citarasa anda.

Kami telah memilih beberapa peranti yang berbaloi dimiliki pada tahun ini, yang mana dinilai berdasarkan beberapa syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Syarat Pemilihan

  • Telefon yang dipilih mestilah dilancarkan pada tahun 2018.
  • Dijual secara rasmi di Malaysia.
  • Dijana dengan Android 8.0 Oreo dan ke atas secara tersedia.

Kriteria Pemilihan

  • Hadir dengan memori 3GB RAM.
  • Mempunyai storan minimum 32GB.
  • Mempunyai keseimbangan dari segi prestasi dan jangka hayat bateri.

Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan harga rasmi daripada pengeluar dan bukannya mengikut harga yang diolah oleh kedai. Harga yang dipaparkan juga adalah diambil sewaktu artikel ini dikeluarkan.

Jadi tanpa membuang masa lagi, berikut adalah senarai telefon yang disyorkan untuk kegunaan permainan sepanjang tahun 2018.


Bawah RM500

Xiaomi Redmi 6

Xiaomi Redmi 6 membawa pakej yang berbaloi atas penawaran spesifikasi terbaik untuk harganya. Ia menyajikan cip lapan-teras 12nm Helio P22, memori 3GB RAM, dan menawarkan antaramuka MIUI 10 yang dioptimasikan dengan baik untuk kegunaan permainan.

Spesifikasi: 5.45” IPS LCD HD+ 18:9, MediaTek Helio P22 (8 x Cortex-A53 2.0 GHz), 3GB RAM / 32GB, 12MP + 5MP (Utama) / 5MP (Hadapan), 3000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM455 (3GB RAM + 32GB)


Bawah RM1000

Realme 2 Pro

Realme 2 Pro boleh dikatakan antara peranti hangat pada tahun ini atas kehadiran spesifikasi berkuasa pada harga mampu milik. Ia mempunyai saiz paparan sebesar 6.3-inci dengan rekaan takuk yang kecil, dijana dengan cip Snapdragon 660, dan mempunyai penawaran variasi sehingga 8GB RAM.

Spesifikasi: 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9, Snapdragon 660 (4 x Kryo 260 2.0 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 16MP + 2MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3500 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM849 (4GB RAM + 64GB), RM949 (6GB RAM + 64GB), RM1099 (8GB RAM + 128GB)

Huawei Y9 (2019)

Huawei Y9 (2019) hadir dengan penawaran yang seimbang untuk permainan bersama penawaran rekaan yang menarik. Ia membawakan cip HiSilicon Kirin 710, skrin sebesar 6.5-inci, dan mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh.

Spesifikasi: 6.5” IPS LCD FHD+ 19.5:9, HiSilicon Kirin 710 (4 x Cortex-A73 2.2 GHz, 4 x Cortex-A53 1.7 GHz), 4GB RAM / 64GB, 16MP + 2MP (Utama) / 13MP + 2MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM899 (4GB RAM + 64GB)

Honor 8X

Honor 8X dilihat memberi penawaran yang serupa seperti Huawei Y9 (2019) namun ia menyertakan storan dalaman sebesar 128GB. Peranti ini juga memberi kelebihan seperti sokongan GPU Turbo dan 4D Gaming dalam memberi pengalaman permainan yang lebih imersif.

Spesifikasi: 6.5” IPS LCD FHD+ 19.5:9, HiSilicon Kirin 710 (4 x A73 2.2 GHz, 4 x A53 1.7 GHz), 4GB RAM / 128GB, 20MP + 2MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3750 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM949 (4GB RAM + 128GB)

ASUS ZenFone Max Pro (M2)

Bagi anda yang mahukan ketahanan bateri yang lama, ASUS ZenFone Max Pro (M2) mempunyai kapasiti bateri 5000 mAh untuk memenuhi keperluan anda. Ia menyajikan skrin bersaiz 6.3-inci, cip Snapdragon 660, dan hadir dengan tampilan Android asli.

Spesifikasi: 6.3” IPS LCD FHD+ 19:9, SD 660 (4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 12MP + 5MP / 13MP, 5000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM859 (4GB RAM + 64GB), RM999 (6GB RAM + 64GB)


Bawah RM1500

Honor Play

Honor Play menampilkan cip berkelas mercu Kirin 970, mempunyai skrin bersaiz 6.3-inci, dan hadir dengan kapasiti bateri 3750 mAh. Seperti Honor 8X, peranti ini juga mempunyai sokongan GPU Turbo dan 4D Gaming dalam memberi pengalaman permainan yang lebih imersif.

Spesifikasi: 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9, HiSilicon Kirin 970 (4 x Cortex-A73 2.4 GHz, 4 x Cortex-A53 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 16MP + 2MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3750 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1099 (4GB RAM + 128GB)

Pocophone F1

Pocophone F1 mempunyai penawaran paling bernilai untuk harganya melalui kehadiran cip Snapdragon 845. Ia juga mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh, hadir dengan slot kad mikroSD dan pembesar suara berasaskan stereo. Apa yang menarik lagi, ia turut dilengkapi dengan fungsi imbasan wajah inframerah, dan menyokong fungsi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4+.

Spesifikasi: 6.18” IPS LCD FHD+ 18.7:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM / 64GB, 12MP + 5MP (Utama) / 20MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1299 (6GB RAM + 64GB), RM1499 (6GB RAM + 128GB)


Bawah RM2000

Xiaomi Mi MIX 2s

Xiaomi Mi MIX 2s menampilkan rekaan skrin penuh tanpa takuk dengan paparan sebesar 5.99-inci. Ia dijana dengan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan menampilkan kapasiti bateri 3400 mAh. Ia turut menyokong pengecasan berasaskan Qi untuk sokongan pengecasan tanpa wayar.

Spesifikasi: 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM / 64GB, 12MP OIS + 12MP / 5MP, Qi, 3400 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1799 (6GB RAM + 64GB)

Xiaomi Mi 8

Xiaomi Mi 8 pula menyajikan paparan AMOLED sebesar 6.21-inci selain turut dijana dengan cip Snapdragon 845. Ia juga mempunyai memori 6GB RAM dan kapasiti bateri sebesar 3400 mAh seperti Xiaomi Mi MIX 2s. Melengkapkan lagi peranti ini adalah sokongan dwi-kamera dengan kebolehan telefoto, Dual GPS, dan fungsi imbasan wajah berasaskan inframerah.

Spesifikasi: 6.21” AMOLED FHD+ 18.7:9, SD 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM / 64GB, 12MP OIS + 12MP (Utama) / 20MP (Hadapan), 3400 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1679 (6GB RAM + 64GB), RM1899 (6GB RAM + 128GB)

ASUS ZenFone 5Z

ASUS ZenFone 5Z memberi kelebihan dengan kehadiran pembesar suara stereo, sambungan bicu audio, dan slot kad mikroSD. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan mempunyai penawaran storan 128GB.

Spesifikasi: 6.2” IPS LCD FHD+ 18.7:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.7 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz), 6GB RAM / 128GB, 12MP + 8MP (Utama) / 8MP (Hadapan), 3300 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1899 (6GB RAM + 128GB)


Bawah RM2500

OnePlus 6T

OnePlus 6T hadir dengan spesifikasi yang baik, seperti kehadiran skrin 6.41-inci, cip Snapdragon 845, dan hadir dengan memori 6GB RAM. Ia mempunyai kapasiti bateri sebesar 3700 mAh yang mana boleh dicas secara pantas melalui sistem pengecasan pantas Dash Charge.

Spesifikasi: 6.41” Optic AMOLED FHD+ 19.5:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.7 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz), 6GB RAM / 128GB, 16MP + 20MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3700 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM2458 (6GB RAM + 128GB), RM2738 (8GB RAM + 128GB)

Nubia X

Nubia X menawarkan pakej peranti yang unik dengan kehadiran dua skrin di dalam satu peranti. Spesifikasinya juga hebat seperti penggunaan cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan menyertakan storan dalaman sebesar 128GB.

Spesifikasi: 6.26” LTPS LCD FHD+ 19:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.7 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz), 8GB RAM / 128GB, 16MP + 24MP, 3800 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM2469 (8GB RAM + 128GB)


Bawah RM3000

Huawei P20 Pro

Huawei P20 Pro bukan sahaja memberi aspek penggambaran yang baik, tetapi turut hadir dengan spesifikasi yang menarik untuk kegunaan permainan. Ia membawakan paparan sebesar 6.1-inci AMOLED, cip HiSilicon Kirin 970, memori 6GB RAM, dan hadir dengan bateri berkapasiti 4000 mAh.

Spesifikasi: 6.1” AMOLED FHD+ 18.7:9, Kirin 970 (4 x Cortex-A73 2.4 GHz, 4 x Cortex-A53 1.8 GHz), 6GB RAM / 128GB, 40MP + 20MP + 2MP (Utama) / 24MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM2949 (6GB RAM + 128GB)

Vivo NEX

Vivo NEX menyajikan sebuah peranti berskrin penuh tanpa takuk dengan ukuran paparan sebesar 6.59-inci. Ia menyajikan cip Snapdragon 845 yang pantas, memori sebesar 8GB RAM, storan dalaman 128GB, dan hadir dengan kapasiti bateri 4000 mAh.

Spesifikasi: 6.59” Super AMOLED FHD+ 19:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.7 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz), 8GB RAM / 128GB, 12MP + 5MP / 8MP, 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM2799 (8GB RAM + 128GB)

Huawei Mate 20

Huawei Mate 20 versi permulaan ini masih dapat memberi prestasi permainan yang baik melalui penggunaan cip HiSilicon Kirin 980 serba baru. Ia hadir dengan paparan sebesar 6.53-inci, memori 6GB RAM, dan kapasiti bateri 4000 mAh untuk memenuhi penggunaan permainan anda.

Spesifikasi: 6.53” IPS LCD FHD+ 18.7:9, HiSilicon Kirin 980 (2 x Cortex-A76 2.6 GHz, 2 x Cortex-A76 1.92 GHz, 4 x Cortex-A55 1.8 GHz), 6GB RAM / 128GB, 12MP + 16MP + 8MP (Utama) / 24MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 9.0 Pie.

Harga: RM2799 (6GB RAM + 128GB)


Atas RM3000

iPhone XR

iPhone XR menampilkan spesifikasi berkuasa, melalui kehadiran cip A12 Bionic yang lebih pantas berbanding Snapdragon 845 dan Kirin 980. Ia juga mempunyai ketahanan bateri yang lama, pembesar suara stereo, selain dikuasakan dengan platform iOS yang mempunyai sejumlah permainan eksklusif yang menarik.

Spesifikasi: 6.1″ Liquid Retina HD, Apple A12 Bionic (AnTuTu: 346,577), Face ID (Generasi Kedua), 12MP (OIS, Depth, Smart HDR) / 7MP (Hadapan), IP67, Qi Wireless Charging, 2942 mAh (7-8 SoT), iOS 12.

Harga: RM3599 (64GB), RM3849 (128GB), RM4299 (256GB)

iPhone XS Max

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar, iPhone XS Max memberi kelebihan seumpama iPhone XR, namun hadir saiz skrin yang lebih besar, resolusi lebih tinggi, dan mempunyai paparan AMOLED yang lebih baik. Ia juga menyajikan fungsi ekstra tambahan seperti sokongan dwi-kamera dengan dwi-OIS, memori 4GB RAM, dan pemnyambungan LTE yang lebih pantas.

Spesifikasi: 6.5″ Super Retina OLED, Apple A12 Bionic (AnTuTu: 353,596), Face ID (Gen-2), 2 x 12MP (OIS, Depth, Tele, Smart HDR) / 7MP, IP68, Qi, 3174 mAh.

Harga: RM5399 (64GB), RM6099 (256GB), RM7049 (512GB)

Samsung Galaxy Note 9

Samsung Galaxy Note 9 mempunyai penawaran seimbang untuk harganya, melalui janaan skrin 6.4-inci Super AMOLED, cip Snapdragon 845, dan mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh. Ia juga mempunyai sambungan bicu audio, slot kad mikroSD, dan mempunyai sokongan audio Dolby Atmos. Untuk fungsi ekstra, ia turut menyajikan fungsi pengecasan tanpa wayar, sokongan ketahanan air IP68, Samsung Pay, dan menawarkan stylus S-Pen dengan sokongan Bluetooth terbina.

Spesifikasi: 6.4” Super AMOLED QHD+ 18.5:9, Exynos 9810 (4 x M3 2.7 GHz, 4 x A55 1.8 GHz), 6GB RAM / 128GB, 2 x 12MP OIS (Utama) / 8MP (Hadapan), IP68, Qi Wireless Charging, 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM3699 (6GB/128GB), RM4599 (8GB/512GB)

Huawei Mate 20 Pro

Bagi penggemar fotografi dan juga mementingkan aspek permainan, Huawei Mate 20 Pro dapat menggalas keperluan anda dengan janaan cip HiSilicon Kirin 980, skrin sebesar 6.39-inci, dan kapasiti bateri 4000 mAh. Ia juga padat dengan teknologi baru, seperti penggunaan tri-kamera dengan penggambaran sudut-lebar dan telefoto 5x, hadir dengan fungsi pengimbas cap jari di bawah skrin, dan menawarkan sokongan pengecasan pantas 40W.

Spesifikasi: 6.39” AMOLED QHD+ 19.5:9, Kirin 980 (2 x A76 2.6, 2 x A76 1.92, 4 x A55 1.8), 6GB RAM / 128GB, 40MP + 20MP + 8MP (Utama) / 24MP (Hadapan), IP68, Qi Wireless Charging, 4200 mAh, Android 9.0 Pie.

Harga: RM3599 (6GB RAM + 128GB), RM3999 (8GB RAM + 256GB)

Huawei Mate 20 X

Sekiranya anda mengutamakan skrin yang lebih besar, Huawei Mate 20 X dapat memberi kepuasan dengan skrin bersaiz 7.2-inci. Ia juga dijana dengan cip HiSilicon Kirin 980 namun hadir dengan sambungan bicu audio dan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh. Seperti Huawei Mate 20 Pro, Huawei Mate 20 X menyokong pembesar suara berasaskan stereo.

Spesifikasi: 7.2” AMOLED FHD+ 19.5:9, HiSilicon Kirin 980 (2 x Cortex-A76 2.6 GHz, 2 x Cortex-A76 1.92 GHz, 4 x Cortex-A55 1.8 GHz), 6GB RAM / 128GB, 40MP + 20MP + 8MP (Utama) / 24MP (Hadapan), 5000 mAh, Android 9.0 Pie.

Harga: RM3199 (6GB RAM + 128GB)


Telefon Terbaik

ASUS ROG Phone

ASUS ROG Phone menyajikan penggunaan permainan yang tiada tandingan sekaligus menobatkan ia sebagai telefon permainan terbaik untuk tahun ini. Ia menampilkan skrin dengan kadar segar semula 90 Hz, dijana dengan cip Snapdragon 845 yang telah dioverclock, dan mempunyai sokongan aksesori yang cukup meluas. Ia juga hadir dengan memori 8GB RAM, kapasiti bateri 4000 mAh, dan mempunyai sambungan USB-C di bahagian sisi untuk memberi keselesaan ketika memainkan permainan.

Spesifikasi: 6.0” AMOLED FHD+ 18:9 90 Hz, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.96 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz), 8GB RAM / 128GB, 12MP + 8MP (Utama) / 8MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM3499 (8GB RAM + 128GB), RM3999 (8GB RAM + 512GB)


Jadi itulah telefon disyorkan untuk kegunaan permainan 2018 yang anda boleh dapati di Malaysia. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai-kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.

Sumber : Amanz