Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Merah Akan Ditawarkan Sempena Tahun Baru Cina

Krismas baru berakhir begitu juga dengan sambutan tahun baru. Memandangkan kita di Asia, kedua-dua perayaan ini tidak disambut dengan meriah jika dibandingkan dengan di Barat. Perayaan tahun baru Cina lebih gah disambut dan ini dapat dilihat sekarang di pusat membeli belah. Bagi menyambutnya, Huawei Mate 20 Pro bakal ditawarkan dalam warna merah.

Rekaan Mate 20 Pro dalam warna merah ini telah muncul di laman Weibo. Ia besar kemungkinan akan dilancarkan pada bulan 5 Februari kelak pada hari Tahun Baru Cina. Sebelum ini Mate 20 Pro hanya ditawarkan dalam warna cerun Aurora, biru, hitam. hijau dan merah jambu.

Sumber : Amanz