Selebriti Dituntut Permohonan Maaf Dan Ganti Rugi Isu Fitnah Jururawat

Sebelum ini seorang selebriti memuat naik video sekumpulan jururawat yang didakwa tidak memberi layanan yang baik sepanjang keberadaan ibunya yang sakit di sebuah hospital kerajaan.

Menurutnya, jururawat tersebut bersikap tidak acuh ketika diminta untuk menukarkan cadar katil yang kotor.

Kecewa dengan sikap jururawat tersebut, selebriti berkenaan berkongsi rasa kesal melalui laman Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, sebuah akaun Facebook, Delegation of Nurses (DON) telah memuat naik notis mahkamah kepada selebriti tersebut bagi menuntut permohonan maaf dalam masa 7 hari.

Selain itu, tuntutan ganti rugi turut dinyatakan didalam notis berkenaan yang perlu dilaksanakan 7 hari.

Sumber : SiakapKeli