Huawei Y5 Lite Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android Go

Dengan Android Go, peranti berspesifikasi rendah masih boleh berfungsi dengan lancar kerana sistem operasi dan aplikasi yang telah dioptimasi. Semalam Huawei Y5 Lite telah dilancarkan di Pakistan dengan sistem operasi Android Oreo Go Edition. Ini menjadikannya peranti kedua selepas Huawei Y3 (2018) menggunakan Android Go.

Ia adalah peranti dengan skrin 5.45″ IPS LCD HD+, dijana cip MediaTek MT6739, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera utama 8-Megapixel f/2.0, kamera hadapan 5-Megapixel f/2.2 dan bateri sebesar 3020 mAh yang mengecas pada kuasa 5W menerusi port mikroUSB.

Tiada pengimbas cap jari atau sokongan NFC pada peranti asas ini. Tetapi terdapat sokongan dwi-SIM dana kad mikro SD sehingga 256GB. Ketiga-tiga slot ini berasingan. Di Pakistan Huawei Y5 Lite dijual pada harga PKR 16,499 (~RM 485 sebuah).

Sumber : Amanz