Penggunaan iOS 12 Kini Mencecah 75%

Kemaskini iOS 12 diberikan kepada umum 17 September yang lalu dan ia kini digunakan pada 75% peranti mudah alih Apple. Ini adalah peningkatan sebanyak 5% berbanding bulan Disember. Pada peranti yang berusia empat tahun ke bawah, peratusan penggunaan iOS 12 mencecah 78% dan adalah peningkatan sebanyak 6% berbanding Disember.

iOS 11 di tangga kedua dengan 17% dan lebihan 8% masih lagi menggunakan iOS 10 dan ke bawah. Peratusan penggunaan versi terkini iOS ini adalah amat tinggi berbanding Android Pie yang peratusan penggunaannya tidak dikemaskini sejak penghujung Oktober. Kali terakhir laporan diberikan, peratusan penggunaan Android Pie masih di bawah 0.1% peranti Android di pasaran.

Sumber : Amanz