‘Adib mangsa keadaan’ – Rakyat Malaysia ditahan di Thailand kerana bawa walkie talkie, perlukan RM51K untuk ikat jamin

Seorang rakyat Malaysia, Amirul Adib, 22, terkandas di Thailand selepas ditahan pihak berkuasa kerana memiliki alat komunikasi walkie-talkie, sejak 15 Disember lalu. 
Menurut isterinya, Afiqah Baharuddin, 22, berkata, Adib yang baru pertama kali menjadi pemandu pelancong dan pada ketika kejadian, dia membawa pelancong dari Perak melepas sempadan Thailand di Sadao. 
Bagaimanapun, kenderaan mereka ditahan dalam sekatan jalan raya dan Adib tidak mengetahui bahawa membawa walkie-talkie merupakan satu kesalahan berat di negara itu. 
“Adib ingat kes ini boleh selesai. Rupanya kes ini berat. Lagi berat dari bawa pistol. 
“Dia dimasukkan ke penjara sejak 15 Disember hingga kini. Kami nak jamin tak mampu kerana dendanya berjumlah 400 Bath (RM51,000) kerana Adib bukan warganegara Thailad,” katanya. 
Selain itu, Adib turut disaman dua perkara iaitu pas pelancong dan permit kenderaan. 
Menurut Afiqah, pemilik syarikat tempat Adib bekerja sudi membayar setengah dari wang denda, kerana mereka juga tidak mampu membayar denda itu di mana mereka baru saja membuka perniagaan dua bulan bulan. 

ADIB MANGSA KEADAAN Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara.Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap2. 14.12 – Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yg bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol. 15.12 – Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana..Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / 51k Malaysia. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand. Adib disaman atas 3 kes :- 1. Walkie Talkie 2. Pas pelancong 3. Permit kenderaan Sepatutnya kes diatas , syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong. Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih.. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh. Kami nak minta jasa baik semua untuk bantu Derma Kilat walaupun Rm 1 itu dah memadai. Boleh bank in acc :- 12289020080097 Bank Islam Nur Afiqah Binti Baharuddin Ref :- Bantu Adib Sesiapa nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp / call :- 019 398 7679 Hanya الله sahaja dapat balas jasa baik semua dan Doa kalian juga dapat meringankan beban kami semua.. Aminn #PrayForAmirulAdib
A post shared by Fy B 💞 (@fy_baharuddin) on

Jumlah sumbangan yang terkumpul kini sudah separuh dari RM51,000. Afiqah merayu agar rakyat Malaysia tampil memberikan sumbangan untuk membebaskan suaminya dari penjara Thailand.
Nombor akaun: 12289020080071 (Bank Islam). 
Nur Afiqah biti Baharuddin
Ref: Bantu Adib

Difahamkan, Afiqah masih memerlukan sebanyak RM15,000 lagi.
“Saya buntu, macam mana dia di sana? Boleh hidup ke? Tidur bagaimana? Semua tahu Adib tak bersalah tetapi mungkin ini dugaan kami dan pasti ada hikmahnya,” katanya. 

Dari 14.12.2018 hingga ke hari ini Althaf tak jumpa lagi Daddy..Hmm lama jugak tu.. tak pernah lagi Daddy berjauhan dengan Althaf..Kalau boleh video call mungkin boleh terubat rindu tapi sekarang nak call pun tak boleh.. – Sepanjang Daddy dia takda , Althaf tak pernah tanya daddy dia p mana.. Tapi fy je kadang2 tanya “Althaf where’s Daddy ?” dan Althaf jawab “Daddy Work” 🥰 – Nak kata rindu , Althaf tak reti, cuma dia akan tunjuk murung dia , taknak makan , nak berkepit dengan lelaki (seperti ayah fy & uncle2 dia) mungkin rindu bau Daddy dia..hm – Ya الله kau permudahkan urusan kami sekeluarga💕 Kau kuatkan lah kami sekeluarga untuk menjalani segala ujian yang kau beri💕 – Mesti biy rindu kami kan ? Sebab kami pun rindu biy😊 – Jangan risau, aku kuat sebab orang sekeliling aku sentiasa ada dengan aku 👫👫👫 – p/s : Jangan ada yang sedih pulak baca punya coretan ikhlas ni😅 #prayforamiruladib
A post shared by Fy B 💞 (@fy_baharuddin) on

Sesiapa yang mahu bertanya lebih lanjut, boleh hubungi Afiqah melalui nombor berikut, 019-3897679. 

Sumber : TheReporter