Samsung Turut Mengumumkan Dua Monitor Lengkung Dengan Kadar Segar Semula 120Hz

Dua lagi monitor lengkung dilancarkan oleh Samsung pagi ini dengan salah satunya adalah dengan skrin ultra-lebar serta kadar segar semula mencecah 120Hz. Samsung CRG9 ialah monitor ultra lebar melengkung dengan skrin sebesar 49″ bernisbah 32:9 dengan resolusi 5120×1440 pixel (dual QHD).  Ia turut menyokong paparan HDR10 dengan keterangan maksimum 1000 nits bersama juga dengan AMD FreeSync 2. Dengan kadar segar semula 120Hz, CRG9 menjaminkan imej yang tajam dan lancar sepanjang masa bagi komputer yang menyokongnya.

Samsung UR59C pula dilengkapi skrin 32″ melengkung dengan resolusi 3840×2160 pixel. Ia direka khusus untuk golongan kreatif profesional dan turut mempunyai panel belakang yang mempunyai tekstur seperti bahan fabrik. Dengan bezel yang nipis, ia kelihatan hampir nirbingkai Harga serta tarikh jualan untuk kedua-dua monitor ini hanya akan diumumkan ketika acara CES yang berlangsung minggu hadapan.

Sumber : Amanz