Rekaan Akhir Kamera Rakaman 8K 3D Untuk Red Hydrogen One Diperlihatkan

Red Hydrogen One ialah telefon pintar modular pertama yang dihasilkan oleh Red. Ia unik di pasaran kerana mempunyai rekaan yang tahan lasak serta skrin yang menyokong paparan 3D. Sebelum dilancarkan tahun lalu, pihak Red telah mengacahkan aksesori kamera yang menyokong rakaman 8K 3D menggunakan format 3D 4V.

Rekaan akhir untuk aksesori modular ini telah diperlihatkan oleh Red menerusi laman Facebook mereka. Dapat dilihat terdapat cagak untuk Hydrogen One pada bahagian belakang kamera yang bersaiz agak besar. Sungguhpun begitu menurut Red, saiz kamera 8K 3D ini masih lebih kecil dan ringan jika dibandingkan dengan sistem yang wujud pada waktu ini. Masih tidak diketahui berapakah harga jualan aksesori modular ini kerana Hydrogen One itu sendiri dijual pada harga $1300 sebuah.

Sumber : Amanz