Berang Isteri Minta Cerai, Suami Tergamak Siramnya Dengar Air Mendidih Ketika Tidur

Gara-gara berang isteri meminta cerai, seorang lelaki di Bireun, Acheh, tergamak menyiram wanita itu dengan air panas yang mendidih hingga mangsa mengalami luka terbakar yang serius.

Perbuatan tersebut dilakukan di rumah mereka di Desa Geulanggang Gampong, Kecamatan Kota Juang, Bireuen pada ahad lalu.

”Motifnya kerana cemburu, tertuduh merasa kesal terhadap mangsa yang menggugut mahu bercerai.

Oleh itu, tertuduh ingin menjadikan mangsa cacat supaya tiada lelaki lain yang mahu mengahwininya,” kata jurucakap polis, Eko Rendi.

Difahamkan, sewaktu kejadian, suspek mengambil air panas yang dimasak hingga mendidih lalu menyiram ke atas wajah dan seluruh badan mangsa yang sedang tidur di dalam bilik ketika itu.

Gambar : Google

”Tertuduh memasak sendiri air panas tersebut, kemudian dia masuk ke bilik lalu menyiram air mendidih tersebut ke tubuh mangsa hingga kulitnya terbakar dan melepuh,” kata Eko.

Mangsa yang menanggung kesakitan, dibawa oleh ahli keluarganya ke Rumah Sakit Zainal Abidin Banda Aceh untuk mendapatkan rawatan.

Polis yang mendapat laporan, terus bergegas menangkap tertuduh. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman 10 tahun penjara di bawah Pasal 44 UU.

Sumber : detiknews

Sumber : SiakapKeli