Jangan Ikut Sangat Nafsu, ”Sikit-Sikit Nak Resign”, Individu Ni Jelaskan Fasa Kerja Yang Korang Tengah Lalui

Selalu kita dapat nasihat macam ni:

”Dah dapat kerja tu, kerja betul-betul. Jangan fikir nak berhenti je…”

”Tak payahlah resign. Kau baru je kerja kan…”

”Mula-mula memanglah kerja banyak sebab kau tak biasa lagi…”

Kebiasaannya nasihat-nasihat macam ni selalu keluar dari mulut mereka yang lebih berpengalaman dan dah lama kerja. Sebenarnya nasihat-nasihat macam ni bukannya saja-saja dikeluarkan. Kali ini Maukerja ingin berkongsi penjelasan individu ini mengenai fasa-fasa kerja bakal membuka minda korang dan menyebabkan perkataan ‘resign’ tidak akan keluar lagi dari mulut korang. Lebih-lebih lagi mereka yang baru saja kerja tetapi dah ada niat nak berhenti kerja…

Fasa 1: Permulaan itu sakit

”Awal-awal kita bekerja, walaupun mungkin ada sebahagian kecil yang dah pandai nego berkenaan gaji, skop kerja dan sangat yakin ketika bekerja sebagainya tapi I am really sure that kebanyakan dari kita rasa sangat berdebar ketika fasa ni. Sebab tu kita selalu dengar nasihat ‘jangan memilih kerja’. Sebab kebanyakan kita yang baru nak mulakan kerja, tak kisahlah lepasan spm atau sijil vokasional, atau fresh graduate kita adalah orang baru with ZERO experience. Saya mempunyai seorang kenalan yang berusia 30 tahun, graduate pada usia 23 tahun dan hanya mendapat kerja yang setaraf dengan dirinya di sektor kerajaan pada usia 28 tahun. So dalam 5 tahun, dia kerja sana sini, jadi cikgu gantian dan jadi kerani sekolah dengan gaji SPM walaupun ada degree. Fuh, life is hard!

Nak dapat kerja 1 hal, bila dah dapat kerja rasa takut. Kita merupakan orang yang paling baru, banyak benda tak tahu, nak kena adapt and adjust cepat dan kena belajar sebanyak mungkin. Ketika awal saya bekerja, walaupun jawatan professional, 1st department saya bekerja, orang nampak saya sangat confident. But deep inside, i am struggling with anxiety. My family is my witness. Takut masuk kerja lambat, setiap hari before masuk kerja i asked myself can i perform. Kerja saya sukar, bila time peak hour yang sangat busy, we did not even realize yang eh, hari ni tak makan lagi. Itu pun lepas 12 jam kerja sambil kesat air mata bila dengar azan maghrib (real story di hari raya haji pada tahun pertama saya bekerja, dah lah hari tu hari haram berpuasa tapi macam puasa sebab tak sempat makan). Tu pun waktu kerja tak habis lagi. Nangis. Kalau time sangat busy, just break waktu solat, tu pun 5-10 minutes. Tu kalau boleh solat, kalau tak solat hahaha hangpa kerja lah sampai ke sudah. It’s tough, isn’t it?

Mungkin ada yang boleh agak kerja apalah agaknya ni? Sebab tu dalam 2 tahun pertama fasal awal a.k.a probation period ramai yang dapat mental illness, terpaksa dirujuk ke psykiatri, yang MIA ramai, even family pun tak tahu ke mana mereka menghilang, yang mengandung keguguran pun ramai. Sebab tu saya punya pendirian, saya kalau boleh nasihatkan mereka yang bekerja dalam bidang ini (kalau boleh teka) atau seperti ini, elakkan mengandung dalam tempoh ini. Banyak faktor kenapa saya tak setuju, your health is at risk, everything needs to be fast and efficient, berlari sana sini, naik turun tangga yang bertingkat-tingkat, makan pun tak sempat, rehat cukup tu hanyalah angan-angan, dengan mental health korang pun unstable, daily stress. Then kalau korang sakit contoh SELALU MC/EL contoh sebab severe morning sickness, you will affect the whole team. Tak semua orang macam ni, tapi know your body and your limit, assess your environement and support system before you decide to get pregnant.”

Fasa Ke-2: Bina Keyakinan dan Buat Pilihan, Engage in office Politics

”Fasa kedua ni sangat penting sebab your action today will determine your future. Nasihat saya please give your all. Saya pantang kalau orang kerja main-main, sambil lewa, tak professional. U wanna work? Do it properly. There are so many people outside there who put their eyes on your position. Tak nak kerja baikbaik, QUIT!

Tolak tepi orang-orang seperti itu, let’s talk about you. Yes, YOU! The person who do your job properly and keen to improve yourself in your career. Jadi bila kita dah agak lama dalam satusatu bidang/jabatan, kita dah mahir, pengetahuan kita makin bertambah kalau nak dibandingkan dengan awalawal kita start kerja dulu. We now have good communication skills, perhaps have a little bit leadership skills (if not much – to be honest saya sangat benci kena buat management), good analytical and assertive skills. So kita boleh nak nego nak kerja dengan department mana atau nak posting di mana. Mungkin kita tak berjaya nego tapi we need to work towards that. Macam contoh, saya kenal diri saya, i know what i want, i cannot and do not want to work at night or worse overnight. Saya rasa badan saya perlu rehat pada waktu malam, so i choose to work in 8 to 5 o’clock department.

Bila kita dah yakin, we know how to deal with our colleague, staff and our boss. Jujurnya saya rasa dealing with boss is easiest of them all. Kalau kena marah atau kena tegur, kalau betul apa yang ditegur terima lah. Ucap terima kasih sebab bagi teguran. Even dulu saya selalu terpaksa berurusan dengan seorang boss muda yang panas baran. Hang salah siap kena maki, sh*t, consult sebab difficult case pun kena sh*t juga tapi yang ni tak dituju kat saya lah. Pernah down sebab pernah ditegur waktu tengah bercuti, disuruh audit kita punya kerja but 1st thing saya buat, i thanked him and said ok boss, i’ll do it. Sebab apa saya cakap macam tu, sebab saya tahulah psikologi orang yang menegur sebab saya selalu tegur staff bawah saya. Nak manage staff 1000x ganda lagi susah. Saya ada around 30 staff bawah saya, daripada 30 tu let say yang very problematic 2 orang, yang problematic maybe around 4-5 orang. Plus yang problematic mungkin buat puak untuk pulau you ke etc. Aish this kind of office politics selalu menyebabkan saya urut dada dan it causes unhealthy environment. So sampai 1 tahap, kita dah malas nak marah, nak tegur cuma kita akan buat silent action. Senyum.

Back to boss, kalau dia marah benda yang betul, it’s actually rationale. Tapi kalau dia marah bukan-bukan, mengarut, not even your fault, BAN him. Haha itu yang saya buat. Kebetulan boss tu bukan dirrectly supervise me. Then kalau boss yang directly supervise kita atau selalu berurusan dengan kita buat silap, what to do? Tegurlah. Mereka bukannya manusia maksum. Cuma kena tegur elok-elok jangan maki and listen to them, what is their explaination. Saya simple – boss setinggi mana pun mereka even board of directors, CEO, CFO atau kalau dalam kerajaan jusa sekali pun, kalau mereka silap, mereka harus tahu dan perlu diperbetulkan. When it comes to technical thing, lagilah senang nak tegur sebab sah-sah lah evidence based, ada guideline/SOP/high impact research yang kita follow. Kalau tak nak dengar teguran kita? Lantaklah. Haha we’ve done our part cuma i’ll make sure the organization i manage will follow the right guideline.”

Fasa ke-3: Evolving and Demanding

”To evolve it’s not easy, so much of work to produce 1 good talent. Continous training, kena hantar kursus sana sini, attachment if required. Itu yang organisasi akan buat. Cuma 1 thing, bila kita dah dihantar training sebagainya, give something in return. Paling koman, apa yang kita dapat kita improve and try to implement bila balik ke stesyen asal. Dan paling bagus, if you can do training to your colleagues and other staffs. Tapi kalau hantar kursus, sama je macam tak hantar saya rasa baik kita tak payah hantar atau hantar orang lain. It’s a loss to the organization. Untuk penambahbaikan diri sendiri, always be proactive. Kalau ada kursus yang kita berminat, ask your superior to let you go. Always give extra miles. Do more than your job scope or more than what you are expected to do. Do research on how to make improvement at your organization. Sambung belajar. I know it’s hard, kita akan diuji dengan masa, wang ringgit dan yang dah berkeluarga lagi sukar tapi it’s for your own good.

After kita dah evolved, barulah kita boleh demand. Saya masih mentah, saya baru 4 tahun bekerja di sektor kerajaan dengan memilih skim kwsp. My value market in private is double. Part time di private saya boleh dapat cecah 3 angka per hour. My next 5 year estimation of my market value is at least 6x higher than my salary now. Definitely not gonna happen if i stay in government, so it’s either private or abroad. Cumanya still long way to go, i need to evolve more and i need to convince people i am worth the value. Caranya saya kena buktikan pada organisasi saya sekarang yang saya boleh bagi something ‘extraordinary’ and with this track record, it’s not gonna be a problem for me to look a job elsewhere.

Last but not least, pekerjaan is a win win situation between the employer and us, the employee. Niatlah kerja lillahi ta’ala, jangan makan gaji buta, do your job dan JANGAN HATI TISU. =)”

Nak tahu lebih banyak info berkaitan dengan kerja dan kerja kosong terkini? Terus saja ke Maukerja!

Sumber : SiakapKeli