Watak-Watak Joker Dalam Filem

Antara semua watak jahat yang paling saya minat, saya paling minat watak Joker dalam Batman, malah kalau nak ikutkan antara watak jahat Marvel dan DC bagi saya watak jahat DC lebih kepada “belah jahat”manusia dan watak jahat Marvel lebih kepada kuasa dan misi mereka yang besar.

Joker sebenarnya adalah salah satu dari watak “belah jahat”manusia di mana manusia boleh jadi sadis tapi pada yang sama tidak rasa bersalah langsung dengan apa yang beliau lakukan, seperti membunuh orang, melakukan jenayah dan juga mengubah psikologi manusia dari normal kepada gila. Ya, Joker sebenarnya tiada kuasa maha hebat seperti Mr. Freeze, Poison Ivy dan watak jahat dalam DC yang lain tetapi beliau mempunyai satu kuasa “psikologi” dimana beliau bermain minda dengan musuh terutama sekali Batman.

Ada 4 filem utama yang disiarkan di wayang dimana antagonisnya adalah Joker. Ia berada di zaman yang berbeza dan dilakonkan oleh 4 watak yang berbeza personaliti dan cara mereka menggambarkan “kegilaan” Joker ini. 1966,1989,2008 dan 2016. Dikatakan tahun 2019 DC akan membuat filem Joker di mana pelakon Joaquin Phoenix akan menjadi Joker.

Jika tengok trailer dan cara lakonan beliau dalam The Gladiator, saya rasa beliau mampu membawa watak Joker yang sadis dan gila ini. Saya hanya boleh bagi pendapat sahaja kerana filem ini akan atau tidak keluar pada tahun depan (saya harap keluar lah). Apa-apapun, mari kita selongkar setiap watak-watak Joker dalam 4 filem utama Batman ini.

*Batman!!! Nananananananananananana
Batman!!* (teringat lagu lama Batman)

Batman: The Movie (1966)

Joker dalam filem ini bekerjasama dengan The Penguin, The Riddler, Catwomen membuat pakatan dikenali sebagai United Underworld. Ia dilakonkan oleh Mendiang Cesar Romero (1907-1994). Watak Joker dalam Filem ini tidak nampak kejam ataupun jahat, ia lebih kepada watak yang sentiasa gembira tetapi sadis pada masa yang sama, ia mudah diperbodohkan oleh Batman malah dia sendiri “dibuli” oleh “pembantu” Batman iaitu Alfred namun perwatakan Joker dalam komik boleh dilihat dimana Joker dalam filem ini suka melakukan aksi yang lucu namun dalam niat yang jahat.

Batman (1989)

Whoa, siapa sangka Tim Burton mampu membuat satu filem Batman yang menarik dan setiap wataknya agak berdekatan dengan komik? Joker dalam filem ini yang dilakonkan oleh Jack Nicholson adalah watak yang dikatakan oleh pengkritik filem sebagai watak Joker paling terdekat dalam menyamai watak Joker dalam komik. Tidak seperti Joker versi Cesar Romero, Joker dalam filem ini saya hanya boleh kata satu patah perkataan…”Psiko”.

Watak Joker yang dilakonkan Jack Nicholson ini amat psiko, kejam dan sentiasa bergurau dengan pihak yang lain dan akan membunuh sesiapa sahaja yang menentangnya malah semasa membunuh orang, beliau akan ketawa berdekah-dekah bagaikan beliau membuat lawak. Beliau amat sadistik tetapi seronok untuk ditonton kerana jika anda membaca komik.

The Dark Night (2008)

Christopher Nolan sentiasa membuat filem yang terbaik dan dalam filem ini tidak terkecuali. Joker dalam Filem ini dilakonkan oleh Mendiang Heath Ledger (1979-2008)  dimana watak Joker di sini lebih kepada psikopat yang lebih ekstirm berbanding Filem Batman 1989. Ia kejam, sadistik dan seperti watak Joker yang lain, ketawa tanpa henti.

Malah kita boleh lihat betapa gilanya Joker dalam ini dengan mempengaruhi ramai orang untuk jadi gila sepertinya seperti Harvey Dent yang akhirnya menjadi Two Face disebabkan dipengaruhi psikologi Joker. Malah perwatakan Joker dalam Filem ini memang menarik dan bagi saya beliau adalah watak Joker paling menarik saya pernah tengok, sama watak Joker seperti Filem Batman 1989

Suicide Squad (2016)

Watak Joker versi baru dimana Joker dalam filem ini yang dilakonkan oleh Jared Leto, watak Joker dalam ini lebih kepada perwatakan gangster dan sadistik dalam satu masa yang sama. Namun masa skrin beliau agak pendek jadi kita tidak nampak perwatakan penuh dalam filem ini. Ramai pengkritik filem dikatakan tidak berapa minat dengan versi Joker dalam filem ini tetapi anda kena faham, masa skrin watak Joker ini dalam filem ini hanya 8 MINIT!

Jadi bagi saya kita tak boleh menghakimi watak Joker dalam filem ini kerana kekurangan skrin masa. Saya juga ingin juga melihat perwatakan penuh Joker versi gengster ni. Ia agak bagus dan menepati kriteria Joker tetapi kekurangan skrin masa, saya tak boleh nak komen penuh.

Tapi kalau nak ikutkan, saya juga
suka watak Joker versi kartun yang dilakonkan oleh Mark Hammil a.k.a. Luke
Skywalker yang menjadikan Joker terbaik dan sadis yang memang menarik ramai
hati penonton. Apa-apapun saya tidak sabar menunggu filem Joker yang dilakonkan
oleh Joaquin Phoenix dan bagaimana beliau memegang watak Joker nanti. Saya nak
tanya pembaca di sini,versi mana satu watak Joker paling anda minat?

#SelimThe3rd

Sumber : ThePatriots