Asal Usul Baba dan Nyonya Di Melaka

Seperti kita semua sudah sedia maklum, Baba dan Nyonya ini adalah masyarakat keturunan Cina yang unik kedudukannya dan mereka ini cukup dikenali khususnya di negeri Melaka.

Baba dan Nyonya menggelarkan diri mereka sebagai baba atau peranakan kerana kebudayaan mereka yang cukup unik. Ia berasal daripada warisan tradisi cina dan ia juga mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan ke dalam budaya mereka terhadap suasana sosio udaya di persekitaran mereka berlaku sejak dahulu lagi melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara orang Cina dengan orang Melayu.

Itu adalah antara utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba. Dari segi anutan agama pula, kebanyakannya masih mengekalkan agama asal orang Cina iaitu Buddha.

baba 1

Namun, ramai juga yang telah memeluk agama lain seperti Kristian. Kebanyakan anak-anak Baba dan Nyonya ini dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.

Lebih 150 tahun yang lalu, upacara hidup mereka ini telah pun diubah suai sedikit demi sedikit. Cara hidup mereka mengikut arus peredaran zaman ke arah kemodenan sehingga sepertimana yang kita dapat lihat hari ini.

Pada kurun ke 15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke 15 semasa pemerintahan Parameswara apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka.

Pada tahun 1459, Raja Cina telah menghantar seorang puterinya iaitu puteri Hang Li Po kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.

Pengikut-pengikut puteri Hang Li Po ini tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan inilah kesinamnbungan yang mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka.

Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Pakaian Nyonya hampir serupa dengan pakaian tradisi Melayu yang mana ia terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.

baba 2

Dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung juga terdapat kesannya. Terdapat tanda-tanda pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke 20, kebanyakan peranakan ini dididik oleh Inggeris dan sewaktu penjajahan British atas Malaya dan kecenderungan golongan tersebut mudah menerima budaya baru.

Selain itu, Kebanyakan pendatang Cina terawal yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh yang demikian, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka dan lain-lain.

Sumber : OrangKedah