Kisah Perang Nyonya Cantik Di Kulim, Kedah

Kulim merupakan sebuah bandar yang bernaung di bawah kerajaan negeri Kedah dan Kulim juga adalah merupakan bandar ketiga paling besar di negeri Kedah. Lokasinya cukup strategik kerana terletak hampir dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam lingkungan tahun 1950, Kulim hanya merupakan sebuah penempatan yang kecil dan tidaklah seperti hari ini keadaannya. Kulim mula dibuka pada pertengahan abad ke 18 oleh kaum daripada keturunan Pattani dan menjelang pertengahan abad ke 19.

Kawasan Kulim mula menjadi tumpuan disebabkan oleh penemuan hasil bijih timah yang ada di kawasan tersebut. Sejak itu, kawasan bandar Kulim mula menjadi tarikan pelombong-pelombong dari luar terutamanya pelombong Cina.

Banyak lombong-lombong bijih timah mula dibuka di sekitar kawasan Kulim selepas ramai yang datang untuk mencari hasil bumi tersebut. Apabila Kulim mula menjadi tumpuan para pelombong, maka ramailah warga asing yang menetap di Kulim.

bandar kulim

Terdapat satu peristiwa yang telah berlaku dalam tahun 1888 yang mana ia telah melibatkan ramai pekerja daripada lombong bijih timah di kawasan Kulim. Kebanyakkan orang menggelar peristiwa tersebut sebagai Perang Nyonya Cantik atau Perang Kulim.

Gelaran terhadap peristiwa tersebut diberikan kerana ianya berpunca daripada pengusaha lombong yang bergaduh sesama sendiri hanya kerana untuk mendapatkan wanita cina cantik untuk dijadikan perempuan simpanan.

Pergaduhan tersebut telah melibatkan pekerja-pekerja di lombong masing-masing dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya keadaan yang huru-hara dan ramai yang telah terkorban di sekitar kawasan Kulim, Kedah.

kulim

Perang Nyonya Cantik berlarutan sehingga bertahun lamanya dan telah menyebabkan keamanan serta ketenteraman penduduk di Kulim terancam. Keadaan ini telah menyebabkan prestasi kewangan di negeri Kedah juga turut merudum.

Banyak pihak terpaksa menanggung kerugian akibat daripada kerosakan dan kesan daripada pergaduhan yang berpanjangan tersebut. Peristiwa ini telah menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa melibatkan campur tangan daripada pihak British.

Akhirnya, terlantiklah seorang pegawai British dengan menjadi Ketua Polis di Kulim pada tahun 1890. Setelah itu, Perang Nyonya Cantik dapat dileraikan dengan campur tangan pihak British.

Dalam sekitar tahun 1923, Sultan Abdul Hamid telah buat perjanjian dengan pihak British iaitu bahawa negeri Kedah dengan secara rasminya berada di bawah naungan British.

Kisah Perang Nyonya Cantik Di Kulim, Kedah

Penduduk di sekitar kawasan Kulim menghembus nafas lega akan penyelesaian terhadap isu tersebut. Bayangkan sepanjang peristiwa tersebut, orang ramai begitu takut untuk berada di luar rumah.

Hanya disebabkan hendak berebut wanita cantik, banyak nyawa yang terkorban. Kewarasan manusia menjadi ringan melayang ditiup angin apabila nafsu menguasai diri.

Seharusnya, pengajaran dan iktibar harus diambil daripada peristiwa ini agar pisang tidak berbuah dua kali.

Sumber : OrangKedah