(Video) 6 penunggang motosikal maut, 22 cedera dirempuh lori dan pemandunya melarikan diri

20 penunggang motosikal dirempuh sebuah lori treler dalam kejadian di Vietnam yang menyebabkan enam maut, 22 lagi mangsa cedera. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang 2 Januari, di Daerah Ben Luc, kesemua mangsa sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum sebuah lori datang dari arah belakang dengan kelajuan tinggi. 
Siasatan awal mendapati, pemandu lori terbabit memandu laju untuk melepasi persimpangan itu sebelum lampu isyarat bertukar merah. 
Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan menyebabkan kesemua mangsa dirempuh dan sebahagiannya diseret sejauh 150 meter.
Pemandu lori terbabit, Pham Thanh Hieu, 32, terus melarikan diri dari tempat kejadian dan pihak berkuasa kini masih dalam usaha memburu suspek. 

Sementara itu, ada sesetengah pihak membuat spekulasi kononnya pemandu lori itu cuba mengelak dari melanggar lori di sebelah kirinya atau lorinya hilang kawalan.

Sumber : TheReporter