Putrajaya Ingin Menjadi Hab Esukan Menjelang Pertengahan 2019

Sejak sebulan dua yang lepas, kita telah melihat pelbagai pihak menyatakan hasrat untuk memfokuskan arena esukan di Malaysia pada tahun 2019 ini. Kini, tidak ketinggalan adalah Perbadanan Putrajaya, dimana mereka kini mengumumkan yang mana ingin menyasarkan bandar berkenaan untuk menjadi hab untuk belia menjelang pertengahan 2019 ini.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini Putrajaya lebih dikenali sebagai bandar pentadbiran kerajaan. Persepsi ini ingin diubah, dan menjadikan bandar berkenaan turut mesra untuk pelbagai aktiviti para belia.

Antara yang disasarkan adalah untuk menjadikan Putrajaya sebagai salah satu hab untuk esukan. Selain daripada itu, sebuah pusat dijangka dibangunkan untuk menjadi titik tumpuan remaja dan belia – yang mana bukan sahaja memfokuskan kepada esukan, tetapi juga menjadi pusat dimana para belia belajar mengenai teknologi baru, termasuk pengaturcaraan dan sebagainya.

Buat masa ini, info berkenaan dengannya masih samar-samar, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber : Amanz