Yakuza: Hubungannya Dengan Kerajaan Dan Rakyat

Seorang
pengkaji, Uchiyama menjelaskan bahawa rakyat Jepun sendiri mempunyi sikap
kurang negatif terhadap kumpulan yakuza.
Sekalipun, mereka tahu yakuza adalah
kumpulan sindiket jenayah atau pun kongsi gelap. Bagi mereka, kumpulan ini
masih diperlukan dalam kehidupan seharian mereka.

Lagi
pun, sejarah kemunculan yakuza
sendiri adalah seperti cerita Robin Hood yang memperbaiki kehidupan masyarakat tapi
hidup sebagai penjenayah bermaruah. Walaupun teori asal-usul yakuza menunjukkan kumpulan ini bertitik
tolak dari kumpulan bakuto dan tekiya, namun, mereka memandang
perjuangan kumpulan zaman lampau, machi
yakko
sebagai penguat semangat mereka.

Seperti
yang diterangkan sebelum ini, kumpulan
bakuto
dan tekiya telah
mempengaruhi aktiviti kumpulan yakuza
dari aktiviti perjudian, adat potong jari hinggalah mengutip wang perlindungan
peniaga. Apa pula sejarah machi yakko yang
sangat diminati kumpulan yakuza hari
ini?

Machi Yakko Dah Kisah Seorang Lelaki Bernama Chobei

Suatu
masa duhulu, geng-geng samurai yang jahat (tak dinafikan ada yang baik) ini
sering kali melakukan serangan terhadap pekan-pekan sekitar Jepun. Maka, satu kumpulan
pemuda-pemuda pekan telah ditubuhkan untuk menghalang kecelakaan ini atau
digelar machi yakko.

Penduduk
pekan semestinya akan bersorak untuk mereka yang merupakan orang awam dan tak
ketinggalan hamba yang bangkit melawan samurai-samurai yang mahu menganggu
mereka. Mereka inilah yang dipandang sebagai wira-wira rakyat dan jaguh bagi
golongan lemah.

Salah
satu kisah mengenai machi yakko yang
paling mendapat sambutan adalah penceritaan mengenai seorang lelaki bernama
Chobei. Beliau telah menjadi broker pekerja buruh yang merekrut pekerja-pekerja
untuk pembinaan jalan raya di sekitar Tokyo. Pekerja-pekerja yang diambil juga
akan membaiki dinding-dinding batu di sekeliling istana shogun.

Kesempatan
ini telah diambil untuk mewujudkan satu peluang menjana pendapatan lebih dengan
menjalankan aktiviti judi. Beliau berjaya menarik lebih ramai pekerja dan
membolehkan dia mendapatkan semula gaji pekerja-pekerjanya dengan bermain judi.
Cerita si Chobei ini seolah-olah ada persamaan dengan asal-usul kemunculan bakuto yang merupakan susur galur
kumpulan yakuza.

Yakuza Cuba Buktikan Mereka Berguna Untuk Masyarakat

Lampin bantuan dari yakuza. Sumber dari Maclean’s

Pada
zaman lampau di Jepun, memang banyak catatan sejarah yang membuktikan bahawa
penjenayah yang membantu penduduk pekan atau kampung diangkat sebagai wira.
Begitu juga, sejarah asal-usul yakuza yang dikatakan ada terkait dengan peranan
pahlawan-pahlawan agung Jepun yang melindungi nilai-nilai tradisi negara. Oleh
sebab itu, rakyat Jepun menganggap mereka ini sebagai salah satu kumpulan
patriot.

Menurut
seorang pengkaji, Gragert menyatakan bahawa polis dan ilmuwan cuba memecahkan
tanggapan baik orang awam terhadap yakuza.
Caranya adalah dengan mencabar kesahihan hubungan sejarah kumpulan dan pahlawan
agung dahulu dengan yakuza masa kini. Namun, rakyat Jepun tetap bertanggapan yakuza mempunyai sejarah agung pada
zaman lampau.

Pada
zaman moden ini, kumpulan yakuza
sendiri telah melawan banyak dakwaan polis yang mengatakan mereka sebagai
kumpulan ganas. Sebagai contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Shinobu Tsukasa,
ketua kumpulan Yamaguchi Gumi (kumpulan yakuza
paling berkuasa di Jepun) bahawa kumpulan mereka adalah kumpulan bantuan
kemanusiaan jika berlaku krisis atau bencana di Jepun. Sewaktu gempa bumi
Hanshin pada tahun 1995, kumpulan yakuza
ini adalah pasukan pertama yang membantu mangsa di Kobe dan sekitarnya.

Kumpulan
yakuza ini juga pernah terlibat
menghantar bantuan dan bekalan kepada mangsa tsunami Jepun pada tahun 2011. Mengikut
sejarah juga, kumpulan yakuza telah
banyak membantu rakyat Jepun ketika era pasca-perang Jepun. 

Persepsi rakyat jelata dan kerajaan terhadap yakuza
mula berubah

Kumpulan yakuza tiba di majlis kematian. Sumber dari Sputnik International

Sedikit
demi sedikit, persepsi kurang negatif rakyat Jepun kepada yakuza akhirnya berubah. Ini semua telah bermula selepas kerajaan
Jepun memperkenalkan undang-undang Anti-Boryokudan (anti-kumpulan ganas) pada
tahun 1991. Itu yang menyebabkan kumpulan yakuza
berkerja keras memberitahu bahawa mereka kumpulan bantuan kemanusiaan.

Tahun
demi tahun, operasi dan perniagaan kumpulan yakuza
terus ditekan dengan beberapa undang-undang baru seperti undang-undang
anti-dadah (Anti-Drug Provision 1992), undang-undang Hukuman Organisasi Jenayah
(Organized Crime Punishment Law 2000) dan undang pemindahan kutipan jenayah
(Transfer of Criminal Proceeds Privention Law 2007).

Disebalik
ketegasan kerajaan dalam usaha membunuh karakter kumpulan yakuza dari segenap operasinya, sejarah terdahulu membuktikan
hubungan benci dan cinta kerajaan Jepun dan kumpulan ini tidak berbelah bagi.
Pada tahun 1960, sewaktu Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower
melawat Jepun, pihak kerajaan telah meminta bantuan ketua-ketua yakuza untuk meminjamkan puluhan ribu
ahlinya sebagai pengawal keselamatan.

Tak
lupa juga, skandal rasuah yang melibatkan ahli parlimen dan penjenayah yakuza sepanjang tahun 1970 hingga 1980.
Persoalannya, mengapa dan bagaimana hubungan kerajaan dan yakuza boleh retak begitu sahaja beberapa tahun kemudian?

Sumber : ThePatriots